Sabtu, 12 Mac 2011

TSUNAMI DI JEPUN

Assalamualaikum w.b.t....

SALAM TAKZIAH KEPADA MANGSA-MANGSA TSUNAMI DI JEPUN...

Musibah atau bala yang diturunkan Allah kepada kita, bukanlah menunjukkan yang Allah S.W.T tidak sayangkan kita. Tetapi ianya adalah untuk memberi pengajaran kepada kita di atas apa yang kita telah lakukan di atas muka bumi ini (segala kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah hasil tangan manusia itu sendiri). Selain itu, musibah juga adalah bentuk ujian Allah S.W.T kepada hambaNya sama ada merimanya dengan redha atau sebaliknya.

INGATLAH! Bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang berdosa dan bersalah, malah keseluruhan manusia seperi yang dijelaskan dalam Surah Al-Anfal 8:25;

” Dan jagalah diri kamu daripada seksaan yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim diantara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum), dan ketahuilah bahawa amat berat azab seksa-Nya “

Apa jua musibah yang melanda kita janganlah kita salah mentafsirnya, kerana sesuatu yang diturunkan Allah S.W.T itu pasti ada hikmahnya. Seperti mana tsunami yang berlaku di Jepun pada tanggal 11 Mac 2011 (semalam), pasti ada yang tersirat yang cuba disampaikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Sepatutnya kita renungilah diri kita kenapa Allah S.W.T menurunkan musibahnya itu. Apapun kita telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila kita menerima sesuatu musibah itu haruslah kita menyebut "innalillahi wainna ilaihi raji'un". Selain itu, janganlah lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mangsa-mangsa tsunami (atau musibah yang lain) terus tabah menghadapi ujianNYa itu.



Sebagai orang Islam, kita juga digalakkan memperbanyakkanlah beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dan berhentilah daripada melakukan dosa. Tetapi, adakah cukup setakat itu sahaja? Jangan dilupakan kewajipan kita dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah S.W.T :-

Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat dan menambahkan bagi kamu kekuatan kamu yang sedia ada, dan janganlah kamu membelakangkan seruanKu dengan terus melakukan dosa”(Surah Hud : 52)

Sehingga aku berkata (kepada mereka), pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu “(Surah Nuh 10:11)

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a. yang bermaksud :

Bekata Abdullah ibn Umar, “Ketika saya bersama sepuluh sahabat daripada muhajirin di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Rasulullah berpaling kepada kami dan berkata, “Menegah sesuatu kaum daripada mengeluarkan zakat bererti menegah langit daripada menurunkan hujannya. Kalaulah tidak kerana binatang yang tidak berdosa dan hidup melata dibumi, tentu hujan tidak akan turun (sehinggalah mereka mengeluarkan zakat harta mereka).”

P/S : Para sahabat sekalian, kembalilah kita ke jalan Allah kerana bala yang berlaku di sekeliling kita adalah akibat perbuatan kita sendiri.Serikanlah hidupmu dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah… InsyaAllah dirimu akan terpelihara dari kesesatan. Akhir kata pemanis bicara… jaga diri, hiasi peribadi… jaga iman, perbanyakkan amalan.

~ diadaptasi sedikit sebanyak dari http://jejekz.blog.friendster.com/2009/08/mengapa-allah-turunkan-bencana/ ~

#### Semoga Allah S.W.T merahmati percutian bonda saya (BARIAH BINTI HASHIM) dan keluarga kakak saya (ZAMILAH BINTI NON) selama seminggu di MEDAN, INDONESIA. Semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang. INSYAALLAH. ####

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...