Khamis, 28 April 2011

DOA MELEMBUTKAN HATI

Assalamualaikum w.b.t...


Pelangi Yang Ku Cari

Semakin hari, semakin banyak ujian yang perlu ditempuhi oleh saya di dalam melayari bahtera sebagai seorang pelajar. Selama 4 tahun ni, rasanya dah banyak kali mata ini menitis air mata kesedihan akibat tekanan yang terpaksa dilalui sebagai insan yang berstatus pelajar ini. Bukan tidak mensyukuri nikmat Yang Maha Esa berikan kepada saya, tetapi hanya ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati ini. Saya sentiasa berdoa di sebalik dugaan ini, akan muncul pelangi yang mampu memberi kebahagiaan kepada diri ini. Insyaallah, pelangi itu pasti muncul, saya akan terus menunggu sehingga tiba masa dan ketikanya.


Saat dan ketika ini, saya berhadapan dengan insan yang terlalu keras hatinya dan sangat tegas dalam setiap keputusan yang dibuat. Sebagai seorang manusia, saya akan terus berusaha untuk membuatkan insan ini berpuas hati dengan segala hasil kerja saya. Saya hanya mampu untuk berusaha selainnya saya  serahkan kepada Allah S.W.T. kerana Dia yang menentukan segala-galanya di muka bumi ini.


Doa untuk melembutkan hati orang yang kita hajati :




[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang- orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"


Surah At-Taubah, ayat 128 hingga 129.


P/S: Insyaallah, Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita, selagi kita yakin dan redha dengan segala ketentuanNYA.





Rabu, 27 April 2011

KAIFIYAT SUJUD SYUKUR

Assalamualaikum w.b.t....







Berikut adalah diterangkan secara ringkas kaifiyat sujud syukur. Untuk pengetahuan, kaifiyat sujud syukur adalah sama dengan kaifiyat sujud tilawah di luar sembahyang. Makanya dibentangkan di sini kaifiyat sujud syukur dengan merujuk kepada kaifiyat sujud tilawah di dalam kitab At-Tibyan Fi Hamalatil Quran, karangan Imam Nawawi.

Hukum Sujud syukur sama dengan hukum sembahyang sunat dalam pensyaratan suci dari hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Maka haram Sujud syukur pada orang yang di badan atau bajunya terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan. Dan haram atas orang yang berhadas, kecuali jika dia bertayamum di suatu tempat yang diharuskan bertayamum. Diharamkan pula menghadap selain kiblat, kecuali dalam perjalanan di mana boleh menghadap selain kiblat dalam sembahyang nafilah. Semua ini dipersetujui oleh para ulamak.

Apabila hendak sujud, niatkan sujud syukur dan melakukan takbiratul ihram dan mengangkat kedua tangan sejajar dengan kedua bahunya sebagaimana dia melakukan takbiratul ihram untuk sembahyang. Kemudian dia takbir lagi untuk sujud syukur tanpa mengangkat tangan. Takbir yang kedua ini dianjurkan, bukan syarat, seperti takbir hendak sujud di dalam sembahyang.

Sementara takbir yang pertama, iaitu takbiratul ihram, maka ada tiga pendapat.

Pendapat pertama takbir yang pertama (takbiratul ihram) merupakan rukun dan tidak sah sujud syukur kecuali dengannya.

Pendapat kedua adalah ianya tidak wajib, hanya dianjurkan. Sekiranya takbir itu ditinggalkan sujudnya tetap sah. Ia adalah pendapat Al-Juwaini.

Pendapat ketiga mengatakan, ianya tidak dianjurkan.



Kemudian, jika orang yang ingin sujud itu dalam keadaan berdiri, dia pun mengucapkan takbiratul ihram, kemudian takbir untuk sujud ketika merebahkan diri ke tempat sujud.

Kemudian ketika sujud dia mesti memperhatikan adab-adab sujud sama seperti sujud di dalam sembahyang Sementara tasbih di dalam sujud, hendaklah bertasbih seperti bertasbih dalam sujud sembahyang iaitu diucapkannya di dalam arabnya “Subhana Rabbiyal A’la wabihamdih” sebanyak tiga kali.

Ada ucapan tambahan dalam bahasa arabnya:

“Allahumma laka sajadtu, wabika amantu walaka aslamtu sajada wajhiyalillazi halaqohu wasowwarahu wasyakkahu sama’hu wabasorahu bihaulihi waquwwatihi tabarakallahu ahsanul hooliqiin.”

Juga dengan ucapan tambahan di dalam arabnya:

“Subbuhun quddusan rabbuna warabbul malaikatu warruh.”

Berkata Imam Nawawi:

“Maka disunahkan menggabungkan antara dzikir-dzikir ini seluruhnya dan berdoa berkenaan dengan urusan-urusan akhirat dan dunia yang diinginkannya. Jika dia batasi pada sebagiannya, sudah cukup bacaan tasbihnya. Sekiranya tidak bertasbih dengan sesuatu apa pun, tercapailah sujudnya seperti halnya sujud dalam sembahyang. Kemudian ketika selesai dari bertasbih dan berdoa, dia angkat kepalanya sambil bertakbir.”

Apakah sujud syukur memerlukan salam? Terdapat dua pendapat. Pendapat pertama ialah ia memerlukan salam kerana memerlukan takbiratul ihram dan menjadi seperti sembahyang jenazah. Pendapat kedua mengatakan, tidak memerlukan salam kerana hal itu tidak dinukil dari pada Nabi saw.

Jumaat, 22 April 2011

PADAMU KU BERSUJUD

Assalamualaikum....

Terasa tersentuh mendengar bait-bait lirik lagu nie...Kekadang melalui lirik2 lagu sebegini mampu menginsafkan kita..
Selamat menghayatinya....



ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

pada-MU

Jumaat, 15 April 2011

SOLAT SUNAT

Assalamualaikum w.b.t..

Sepanjang minggu ni, banyak perkara yang saya belajar dari kehidupan ini. Belajar bagaimana menjadi seorang manusia yang sentiasa mensyukuri dan redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Alhamdulillah, hati ini sudah mampu merasakan ketenangan yang dicari. Semoga ketenangan ini akan terus mendiami di setiap pelusuk jiwa ini agar terus tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.




Ini adalah amalan yang saya lakukan untuk menenangkan jiwa ini, walaupun hakikatnya saya merasa sukar untuk melakukannya (terpaksa bangun awal pagi). Tapi berkat sokongan semua saya mampu melakukanya. Yang penting, berazam untuk melakukannya secara bersungguh2 insyaallah Allah S.W.T akan mempermudahkannya.

1. SOLAT TAHAJJUD:

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.


Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Lafaz Niat solat tahajjud:

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


Doa selepas solat tahajjud:

عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah." Hadis riwayat Bukhari.


2. SOLAT HAJAT:

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Lafaz niat solat hajat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya".


Untuk menenangkan hati saya, ibadah solat2 sunat ini yang mampu saya lakukan tatkala ini. Insyaallah saya akan mempertingkat amalan2 sunat saya disamping menjaga amalan wajib saya akan terus sebati didalam jiwa ini.

P/S: Terima kasih buat mak, kakak dan abang saya kerana selalu berada di samping saya tatkala waktu sukar mahupun senang. Buat rakan-rakan, terima kasih di atas segala nasihat yang telah dicurahkan.

Pada-Mu Ya Rabb. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menjadi hamba-MU.Insyaallah dengan azam dan semangat yang baru, aku akan menjadi manusia yang sentiasa terus mencari sinar keredhaan-Mu. Amin.

(MULAKAN HIDUP YANG BARU DENGAN BERBEKALKAN AZAM DAN NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T)

Isnin, 11 April 2011

STRESSSSSSSSS!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t



Ingat tak mo dah post artikel tuk bulan nie.... tp tetiba jer rasa nak luahkan apa yang terpendam di dalam hati ini. Sejak kebelakangan ini, tiap2 ari rasa stress tahap yang melampau. Sampai makan pun x lalu, tidur pun x lena... asyik2 ingat pasal FYP jer. Rasa macam nak giler pun ada.

Dah tak tau macam mana nak tenteramkan hati ini.... Dah rasa macam x mampu jer hadapi ujianNYA ini. Rasa diri lemah sangat dan macam dah hilang pertimbangan diri. (Jiwa kacau tahap yang membimbangkan) Kalo dibiarkan berterusan ley masuk wad giler rasanya. Diri ini dah tidak sekuat dan setabah dulu. Hilang semua kekuatan diri ini. Dulu kalo rasa macam ni, bila sembang dengan arwah ayah mesti dia akan bagi kata2 semangat supaya terus tabah dan cekal hadapi ujian hidup ini.Tapi sekarang dah x dak dah orang nak wat camtu. RINDUNYA kenangan lalu........

Namun, bila difikirkan balik, Allah takkan turunkan ujianNYA pada org yang x mampu.(Maknanya setiap ujian yang diturunkan mengikut tahap kemampuan seseorang itu). Selalu pujuk hati dengan mengatakan setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya. Namun, bila bisikan syaitan kembali bergema habis semua ketenangan di hati hilang begitu saja. Rasa stress kembali merajai diri. Dah tak tau nak wat camner?

Tp tadi saya ada baca stu artikel yang berbunyi begini "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Insyaallah, selepas ini saya akan amalkan perbuatan tersebut dengan melakukan solat sunat di satu pertiga malam, baca Al-Quran dan sentiasa berzikir dan bertahmid kepadaNYA.

Moga2 dengan cara ini, hati akan kembali tenang. Dan satu yang perlu saya ingat, jangan melebihkan urusan dunia melebihi urusan akhirat. Apabila kita mengejar akhirat, Insyaallah dunia akan seiring dengannya.

P/S: Jika ada sesiapa yang ada tips-tips untuk tenangkan diri. Sila lah tinggalkan cadangan anda itu, di rungan comment post ini yer.

~Ketika menulis post ini, terasa rasa diri begitu kerdil sekali di sisiNYA. Ujian sekecil ini pun x mampu dihadapi dengan tenang. Sering tertanya, adakah setiap ujian ini adalah kifarah dosa2 aku yang lalu?~

Rabu, 6 April 2011

HARI - HARI TERAKHIR SEBAGAI SEORANG PELAJAR.....

Assalamualaikum w.b.t....



Alhamdulillah...Syukur pada Allah S.W.T masih diberi nikmatNYA pada saya untuk terus bernafas di bumiNYA ini. Rasa rindunya kat blog nie...Huhu

Bulan april ni, sememangnya bulan yang busy bagi saya sebagai final year student. Dengan FYPnya lagi ditambah plak dengan minggu final exam. Dah tak tau camner nak manage masa dengan baik. Due date tuk submit report FYP next week, berbekal beberapa hari lagi yang ada ni... semuanya diperuntukkan untuk FYP saja... dah tak ley mensia-siakan masa yang ada..huhu

Nak updated kisah-kisah 25 rasul pun dah tak dak ruang....so terpaksa post next month. Semoga next month dapatlah saya berehat seketika untuk menenangkan diri sebelum dapat mana2 job yang saya apply before this.Bukan hendak menolak rezeki, tapi biarlah diri ini bersedia dari segi fizikal dan mental dulu sebelum menempuh alam pekerjaan...(rasa takut tuk menempuh alam pekerjaan)..huhu

Apa pun, minggu nie n next week rasanya...masa yang ada diperuntukk untuk menghadap laptop kesayangan saya gan buku yang tebalnya berinci2...tak tau la nak jadi apa minggu depan. Rasanya mata saya akan kembali menjadi mata panda coz terpaksa berjaga di waktu malam..haha.

Hanya satu yang saya pinta...Semoga Allah S.W.T selalu bersama saya dan menjaga saya dari melakukan perkara yang boleh mengabaikan tanggungjawab saya sebagai HAMBANYA. Biar sesibuk mana pun kita, janganlah kita lupa untuk sujud menghadapaNYA, membaca ayat-ayat CINTANYA (Al-Quran)dan selalulah muhasabah diri, agar kita sentiasa berada di jalan yang diredhaiNYA.

P/S : Doakan saya dapat viva FYP saya dengan jayanya dan dapat menjawab semua soalan final exam dengan sempurna dan terbaik. Semoga sisa waktu yang ada sebagai student ni dapat disempurnakan dengan baik oleh saya.AMIN...

~ MAK DOAKAN SAYA BERJAYA MENJADI SEORANG ANAK YANG SOLEHAH DAN SEORANG PELAJAR YANG CEMERLANG DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT YER~ SAYANG MAK, RINDU MAK ( rasa macam nak nangis jer !!!) huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...