Assalamu'alaikum w.b.t...
BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start this year..huhuhu. Akmaklumlah, asyik terbabasss jer dengan kemahuan diri. Tapi tahun akak tekad untuk challenge myself to save money every week like this schedule.
C&P from Mr. Google
Suka atau tak akak kena bulatkan tekad.. every week mesti simpan ikut jadual di atas. Nak simpan ni mudah jer cuma perlukan disiplin & kesabaran yang tinggi. (Jangan my sis ajak pi bercuti lagi udah la..dengar kata dia nak pi bercuti di terengganu hujung bulan ni..siap ajak teman lagi..AIN say NO to this vacation yerr ..errr!!!)
Matlamat saving ni adalah untuk keperluan travel...untuk simpanan akak dah letak tepi. Ini lebihan duit bulanan yang akak ada...hihi.
Langkah2 yang akak ambil untuk saving ialah:-
1. Keperluan
Akak dah set minda akak untuk beli keperluan sahaja..kehendak tu akan ditunaikan bila ada lebihan wang yang tidak digunakan pada bulan tersebut.
2. Belanjawan
Bukan negara jer ada belanjawan tapi kita perlu ada belanjawan bulanan supaya kita tahu aliran duit masuk & keluar pada bulan tersebut. Dari situ kita mampu tentukan perbelanjaan kita rancangkan.
3. Bawa Bekal ke Pejabat
Ini memang akak selalu buat..boleh jimat banyak uolls..huhu. Akak ni cerewet sikit bab nak makan, akak prefer masak sendiri daripada membeli kerana kita dapat menjaga tahap kualiti kebersihan dalam penyediaan makanan yang kita nak makan tu. Akak makan jer kat luar (sebulan sekali..hihi) ..itu pun akak akan pastikan kedai yang dipilih itu menetapi piawaian akak...(berlagak DIVA..hahaha)
4. Tanam Sayur-sayuran
Kat belakang umah akak dah ada mini kebun..so, lagi 2-3 adalah hasil daripada mini kebun tersebut. Di situ akak dah dapat kurang 10-20 peratus perbelanjaan dapur akak. So, duit lebih tu akak boleh simpan...huhu.
5. Pindah Tempat Kerja (Tengah Berusaha..semoga Allah permudahkan urusan akak..Aaamin)
Kerja sekarang pun alhamdulillah..cumanya akak berharap sangat dapat bekerja di sebelah seberang perai itu lebih baik berbanding di Pulau. Di sini, akak dapat jimat tol jambatan, minyak & parking toll. Apa2 pun korang doakan akak dapat tukar tempat kerja secepat mungkin ya..huuhu.
Nak simpan duit ada pelbagai cara..tapi cara ini yang paling mudah untuk akak. Semoga akak berjaya untuk sahut MISI ini..GAMBATE AIN!!!! Korang pun jangan lupa untuk SAVING yerr.. tak rugi pun uolls. Cuma perlu ISTIQAMAH & DISIPLIN yang tinggi..InsyaAllah, kita akan berjaya.
ADIOS..
WASSALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan