Sabtu, 5 Mac 2011

Apakah Balasan Kita Pada Ibu ???

Assalamualikum w.b.t....

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Berdasarkan hadith di atas, terbuktilah bertapa tingginya darjat seorang ibu dan ayah. Namun begitu, dunia hari telah menyaksikan jasa seorang ibu dan ayah dipandang enteng oleh anak-anaknya, ada yang sanggup meninggalkan ibu dan ayahnya terkontang kanting di kampung tanpa balik untuk menjenguk, menghantar mereka ke rumah orang tua dengan alasan sibuk dan sebagainya. Sebagai seorang anak, begitu tegar mereka melakukan perkara2 di atas. Di mana perginya nilai kemanusiaan yang ada pada setiap manusia...

Sedih rasa dihati, melihat statistik orang tua yang tinggal di rumah orang tua. Semakin hari semakin meningkat bilangannya, bukannya mereka tidak mempunyai anak, bahkan kadang-kadang anak mereka terdiri daripada doktor, jurutera, ahli perniagaan dan boleh dikatakan anak mereka mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Namun begitu, mereka lebih memilih untuk mengejar kejayaan dunia, sehingga melupakan kehidupan akhirat. Betapa besar pahalanya sekiranya kita mampu menjaga ibu dan bapa di akhir usia mereka. Mereka tidak inginkan harta kekayaan anak-anak, tetapi mereka hanyalah inginkan secebis kasih sayang anak-anak untuk meniti sisa hidup yang mereka ada.



Renungkanlah kisah di bawah...Apa Balasan kita pada IBU?


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita.Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm - takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi - anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

P/S : Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Pada yang tinggal jauh dari mereka, rajin2kan jari jemari anda untuk mendail telefon untuk bertanyakan khabar mereka, kerana ia dapat mengubat kerinduan mereka terhadap kita.

Seseorang itu belum dikira soleh dan solehah, selagimana dia belum mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibu bapanya (DOA IBU BAPA) selepas solat.

Selalulah kita ingat " SYURGA TERLETAK DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU "


Suka Nak bagi tau : MAK (BARIAH BINTI HASHIM) saya sayang mak sepenuh hati saya selepas ALLAH S.W.T (saya milikNYA yang abadi) dan Rasulullah S.A.W. Pada ARWAH AYAH (NON BIN MOHAMED) saya akan selalu mendoakan kesejahteraan buat ayah di sana. Semoga saya mampu menjadi anak yang solehah kepada MAK dan ARWAH ayah.Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...