Rabu, 28 Julai 2010

Luahan hati..............

Hanya padaMu ku berserah.........

Hanya itu yang mampu aku lakukan sekarang.Terlalu banyak dugaan yang menimpa diri ini sejak kebelakangan ini, tapi hati ini selalu dipujuk dengan ayat nie "kalo byk dugaan tu tandanya ALLAH sayangkan kita").Itu yang aku harapkan, agar setiap dugaan ini ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Dari luaran memang kelihatan aku seorang ceria dan riang namun jauh di sudut hatiku, HANYA TUHAN SAJA TAHU. Kekadang ingin saja aku lari dari semua masalah yang menimpa diri ini, tapi bila memikirkan keluarga tersayang x mampu rasanya nak aku lakukan perkara tersebut. Memikirkan raut wajah seorang ibu yang sentiasa saja mendoakan yang terbaik untukku, aku kuatkan semangat ini untuk menempuh jua dugaan melanda diri ini.

Untuk dikongsikan masalah ini dengan ahli keluarga yang lain, mungkin mereka x memahami hati ini, untuk diluahkan kepada rakan-rakan mungkin juga mereka menghadapai byk masalah yang perlu ditanggung. Hanya padaMu jualah ku memohon segala-galanya. Kerana Engkau yang menjadikan diri ini, Engkau jualah yang menjaga hati ini.

Ya Allah, Ya Tuhanku...Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaku, agar aku sentiasa berada di dalam perlindunganMu tatkala aku susah mahupun senang.Tenangkanlah hati ini dan berikanlah aku kekuatan untuk menharungi segala dugaanMu ini dengan redha. Amin.... ( “PUT OUR TRUST TO ALLAH AND REMEMBER..ALLAH ALWAYS BE BY OUR SIDE”).

Rabu, 21 Julai 2010

Nikmat: Bersyukur Atau Mengeluh?

Kita sering mendengar pelbagai keluhan dan kita sendiri mengeluh.

"Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit."
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."

Ada sahaja yang kurang bagi kita. Ada sahaja yang kita hendak rungutkan. Tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Tetapi mari kita sama-sama cuba fikirkan apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita.

* Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari, memang geram, sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.

* Kita merungut pakaian yang kita pakai sudah ketat, kecik, tidak muat. Tetapi tidakkah kita bersyukur, baju itu sudah tidak muat kerana kita sebenaranya cukup makan. Allah beri rezeki melimpah ruah.

* Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan, mop lantai, lap tingkap, sapu rumah dan sebagainya hari-hari. Tetapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas.

* Kita mengeluh otot-otot kita kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat mencari rezeki.

* Kita merungut untuk kerenah anak-anak yang tidak menetu dirumah. Kadang-kadang kita rimas. Tetapi besyukurlah, sekurang-kurangnya mereka berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

* Kita mengeluh kerana tempat letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh. Tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.

* Kita mengeluh untuk timbunan pinggan mangkuk, pakaian yang perlu dicuci. Tetapi, itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.

* Untuk pagi-pagi yang selalu dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengharungi hari sekali lagi.

Selasa, 13 Julai 2010

Jangan!!!!!!!

"Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu,
Hidup Ini Indah Jika, segala-galanya Kerana Allah..

Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan Kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Resipi Keampunan Dan Keredho'an

MALU itulah yang menjadi kata hikmat para nabi terdahulu seperti baginda SAW yang bermaksud : " Bila kau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu. " dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa sahaja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

BILA KAU TIDAK MALU... KAU BOLEH MEMBUANG SELURUH PAKAIANMU!!
BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MENYEBUT SECEMAR-CEMAR BAHASA!!
BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MELACURKAN SELURUH HIDUPMU, KELUARGAMU BAHKAN ZURIATMU!!

Wai'iaazubillah! sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya.. kasihan!! di dunia terhina, di akhirat merana..

WAHAI GADIS-GADIS..

PERTAMA:
jadilah permata, bukan kaca atau emas bukan loyang atau sutera bukan benang. Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada
1. IKHLAS HATI KEPADA ALLAH
2. BERSIKAP BENAR DALAM SEGALA KEADAAN
3. TETAP PENDIRIAN DALAM PERJUANGAN
4. MENURUT JEJAK LANGKAH RASULULLAH SAW ATAU HIDUP DALAM LINGKUNGAN SYARA'
5. SENTIASA REDHA DENGAN QADA' ALLAH.
6. GIGIH BERIKHTIAR SEBELUM BERTAWAKAL/ BERSERAH DIRI
7. MENINGGALKAN JAUH SEGALA SIFAT NIFAK ATAU KEPURA-PURAAN

Apabila bahan itu di adun baik, pastinya kau kelihatan cantik seperti sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. biarlah pakaimu ditenun dengan TAQWA, biarlah gerak langkahmu di sulam dengan rendah diri sentiasa.

KEDUA:
Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik namun, amat berguna. Ramuan ubat tersebut ialah:

1. SABAR YANG INDAH DALAM MENEMPUH MEHNAH/UJIAN
2. BERSEDIA DITEGUR DAN DIKRITIK KERANA ORANG YANG BERLAPANG DADA ITULAH YANG AKAN MENINGKAT TINGGI.. wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin,bukan menurut angin.
3. BANYAK MEMBERI BUKAN MENERIMA.. SUDAH TENTU SEBELUM MEMBERI PERLU MEMILIKI SEBAB ORANG YANG TIDAK PUNYA SESUATU TIDAK MAMPU MEMBERI SESUATU.. berkhidmat dahulu,hasil menyusul kemudian.
4. SENTIASA BERFIKIRAN BESAR DAN MENGATUR PERSEKITARAN MENJADI KELAS PERTAMA.
5. BERTINDAK MENCARI KEJAYAAN DAN MENCIPTA PELUANG, BUKANNYA BERSEDIA MENCARI ALASAN UNTUK SEBUAH KEGAGALAN.
6. MEMBUANG TIGA SIFAT ORANG-ORANG KECIL SEJAUH MUNGKIN IAITU, MEMBUANG MASA, BANYAK MENGURUSKAN HAL-HAL KECIL DAN SUKA BERTENGKAR DAN BERDEBAT.

semua ramuan diatas berupa SABAR, LAPANAG DADA, BERKHIDMAT, BERFIKIR BESAR, BERTINDAK DAN MEMBUANG SIFAT ORANG-ORANG KECIL MERUPAKAN UBAT DAN MAWAR KEHIDUPAN CEMERLANG.

KETIGA:
Jadilah penyuluh bukan pembunuh.. Nama resipi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat,mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu. antara bahan yang diperlukan itu ialah:

1. IBADAH SYAKSIYYAH
2. NASIHAT DAN KATA HIKMAH
3. BUDI PEKERTI MULIA DAN ADAB SOPAN BERHARGA
4. PANDUAN SIRAH DAN HADIS-HADIS NABI SAW.
5. PETUNJUK ALLAH YANG UTAMA IAITU AL-QURAN YANG MULIA.

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya maka, inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup: AL-QURAN, HADIS,AKHLAK, NASIHAT dan IBADAH. Cubalah.... dan engkau wahai GADIS-GADIS akan jadi penyuluh .. kalau bukan penyuluh, maka yang lainnya tidak ada lagi selain PEMBUNUH....

Written by = Dayang Seri Nur Imanina(ILUVISLAM)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...