Selasa, 13 April 2010

Tips Utk Calon Peperiksaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Buat Bakal-bakal muka mujahidah wa mujahid yang akan menghadapi peperangan tak lama lagi, Insya Allah.

Untuk yang bakal mengambil peperiksaan,kumpulkan alat tulis dan genggam alattulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ).Kemudian baca bacaan-bacaan berikut:

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali


Teruskan dengan bacaan doa..

" Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah kami di dalam urusan kami dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati kami untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa kami untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin. ."

Kemudian tiupkan pada ala t tulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah.

Keesokan harinya ambil segelas air,baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali,bacalah doa yang sama seperti di atas dan minum air tersebut.Minum secara perlahan-perlahan , dalam keadaan tenang ~ bykkan zikrullah.

Selain itu janganlah kita lupa untuk melakukan:

D + U + I + T = [Doa + Usaha + IstiQomah + Tawakkal A'lallah]

"ya ALLAH, Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah2 pemberianNya."
('Ali-Imran : 8)


"ya ALLAH, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

(Al-Baqarah : 201)

InsyaAllah, kita hanya berusaha... Yang menentukan segala2nya ialah Allah S.W.T.

....COPY DRPD BLOG SESEORG....

Khamis, 1 April 2010

Sebab-sebab wujudnya kebahagaian

Syeikh Qutub berkata " Hidup bersama Al-Quran adalah satu nikmat yang mereka tidak mengetahuinya, melainkan bagi mereka yang pernah melaluinya".
Dalam ibadah juga kita mampu mendapat satu kebahagian. Menghayati maksud bacaan dalam solat juga adalah satu kebahagian.

Sebab-sebab wujudnya kebahagiaan:

1) Terima hidup seadanya (rehda)
Dunia ini diciptakan Allah dalam jernih ada keruhnya,
tapi kamu pula nak bersih dalam semuanya.

2) Senantiasa bersyukur
Mampu melihat akhirat itu lebih dari dunia.

3) Tidak fikir yang negatif
Jangan terlampau bersedih dengan masa lalu dan jangan terlampau risaukan masa yang akan datang.

4) Tidak terlalu berkesan dengan pandangan negetif.
Kalau kebaikan yang kita lakukan, tidak semuanya orang akan senang dengan kita, maka carilah bagaimana harus kita menerimanya?

5) Selalu berdoa
Untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat, selalu hadirkan diri dengan Allah.

6) Berkawan dengan sahabat yang mampu menyokong dan memberi semangat dalam kehidupan.

7) Ilmu
Bila hidup dengan berilmu, ia adalah salah satu kebahagian dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...