Rabu, 30 Mac 2011

MUKADIMAH KISAH 25 RASUL

Assalamualaikum w.b.t


Siapakah rasul dan nabi?

Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,


... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Q.S. Al Ahzab : 39)


Perbezaan antara Nabi dan Rasul

Seorang Nabi menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima wahyu dari Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz, yaitu :

1.Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).

2.Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).

3.Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).

4.Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).

5.Bersifat jaiz yaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat sebagaimana manusia).



Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, yaitu :

Nabi Adam as

Nabi Idris as

Nabi Nuh as

Nabi Huud as

Nabi Shaleh as

Nabi Ibrahim as

Nabi Ismail as

Nabi Luth as

Nabi Ishaq as

Nabi Ya’qub as

Nabi Yusuf as

Nabi Syu’aib as

Nabi Ayyub as

Nabi Dzulkifli as

Nabi Musa as

Nabi Harun as

Nabi Daud as

Nabi Sulaiman as

Nabi Ilyas as

Nabi Ilyasa as

Nabi Yunus as

Nabi Zakaria as

Nabi Yahya as

Nabi Isa as

Nabi Muhammad saw


Dewasa ini jarang kita melihat atau mendengar para ibu menceritakan kisah para rasul kepada anak2 kecilnya sebelum tidur atau pada waktu lapang, tetapi kita sering saja mendengar para ibu sekarang lebih gemar menceritakan kisah "snow white", "Rapunzel" dan pelbagai lagi cerita dogeng yang berkisarkan khayalan semata-mata.

Apa kata bermula saat ini, kita ceritakan kepada anak2 kecil kita mengenai kisah teladan para Rasul (cerita realiti yang telah termaktub di dalam Al-Quran)agar mereka dapat mencontohi atau menteladani sifat-sifat terpuji yang ada pada para rasul.Insyaallah, anak2 kita akan lebih tertarik untuk mendalami ilmu agama Allah (Islam) dengan lebih dekat lagi. Sekaligus, dapat menanamkan akhlak yang baik pada anak2 kita.

P/S: Insyaallah, saya akan cuba menerapkan cara ini kepada bakal anak-anak saya kelak (Insyaallah, jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti). Tetapi sebagai permulaan, saya akan cuba kaedah ini kepada anak-anak saudara saya dulu... Ermmm Sebelum itu, para ibu mestilah mendalami kisah2 para rasul terlebih dahulu, agar cara penceritaannya lebih menarik dan dekat di hati anak2 kecil kita.

~Artikel ini akan disambung dengan kisah Nabi Adam a.s~

Selasa, 29 Mac 2011

KELEBIHAN BISMILLAH ENAM

Assalamualaikum w.b.t


KELEBIHAN MENGAMALKANNYA

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan bacaan untuk menghalau jin dan syaitan.

DIGUNAKAN UNTUK PERUBATAN

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas:

Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpada badan pesakit dan diikuti dengan muntah, insyaallah akan sembuh (dengan izin Allah S.W.T).

BOLEH MERAWAT HAIWAN TERNAKAN

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

PERKONGSIAN

AMALKANLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA DAPAT MERUBAH SEMUA JENIS RACUN MENJADI TAWAR DAN TIDAK MEMBERI KEMUDARATAN KEPADA PENGAMALNYA JIKALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

P/S : Semoga apa yang kita amalkan memberi kebaikkan kembali kepada kita.Insyaallah. Selamat Beramal...

Diambil dari : http://junjungan.wordpress.com

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Assalamualaikum w.b.t..


Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:-

" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa
"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-

"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

CERITA SUJUD

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT.

1. SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat.

Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.

Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.

"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya".

Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).

Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara keseluruhan kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna. Sepatutnya dilakukan setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung dan apabila ia merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu ia juga harus merasai dirinya itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.

Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih".


Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.


Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Rabu, 23 Mac 2011

SELAWAT TAFRIJIYYAH...

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kelebihan mengamalkan selawat tafrijiyyah. Semoga ilmu yang dikongsi ini, mampu memberi kebaikkan kepada kita semua di duni dan di akhirat. Insyaallah..


MAKSUDNYA:

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.


Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi.

Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


~ copy from: http://muslimatwp.wordpress.com/ ~

P/S: Marilah kita sama2 mengamalkan selawat tafrijiyyah ini.. semoga kita beroleh kebaikkan di dunia dan di akhirat.

Jumaat, 18 Mac 2011

SUARA HATI SEORANG MUSLIMAH.....




Assalamualaikum w.b.t


Bercerita mengenai jodoh...sudah pasti ramai yang mempunyai kriteria yang tertentu di dalam memilih jodoh masing-masing kan.Ada yang nak rupa paras cantik, baik budi pekerti,pandai memujuk dan macam - macam lagi yang tersenarai dalam kriteria memilih pasangan hidup.

Saya pun tak terkecuali, kerana sampai sekarang saya masih keliru dengan kriteria lelaki idaman saya. Banyak sangat yang saya fikirkan, kekadang tu rasanya macam terlalu sukar untuk saya menemui lelaki idaman saya nie. Bak kata orang satu dalam sejuta !!! tapi saya tetap pegang pada pesanan Rasulullah s.a.w, memilih pasangan biarlah yang beragama kerana dengan agama seseorang itu mampu membina keluarga yang bahagia mengikut jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Tapi kita kena ingat, jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah ditetapkan Allah S.W.T. Kita sebagai seorang hamba hanya perlu berdoa agar kita dipertemukan dengan pasangan yang terbaik buat kita.

Semoga Allah S.W.T mempertemukan saya dengan lelaki idaman saya. Amin..

LELAKI IDAMANKU...

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman saya itu??

INSYAALLAH...pasti ada!!! Yang perlukan saya lakukan sekarang ialah persiapkan diri ini untuk menjadi muslimah yang sehebatnya (lelaki idaman).

P/S:Semua orang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestilah kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. (Setiap manusia mempunyai jodohnya tersendiri, cuma ianya lambat atau cepat).

InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Jika sebaliknya, anggaplah ianya sebagai satu dugaan kepada kita.

Wassalam....

Selasa, 15 Mac 2011

APA YANG ANDA SUKA DAN TAK SUKA?

Assalamualaikum w.b.t..

Ermmmm... hari ni, just nak citer apa yang saya suka dan tak suka huhu..Kadang-kadang rasa pelik dengan diri saya nie? Banyak benda yang dulu saya suka sekarang dah tak suka..dulu yang saya tak suka dah menjadi kegemaran saya plak. Kuasa Allah S.W.T siapa boleh halang kan...

Seperti yang termaktub dalam Firman Allah S.W.T : “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui, kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Hati ini MilikNYA...apa saja boleh berlaku mengikut kehendakNYA.



DULU SUKA, SEKARANG DAH TAK SUKA..
Dulu masa sekolah rendah suka sangat makan buah durian..abes kata antara buah favourite la. Tp sekarang dah x ley makan durian dah..benda ni terjadi waktu tu baru nak masuk form 1. Masa tu satu family g pusing2 pulau pinang, tiba2 jer arwah abang gan arwah ayah teringin sangat nak makan durian...so kami berhenti la kat Balik Pulau. Ingatkan nak beli untuk makan2 jer. Tak sangka plak terbeli banyak rupanya durian, siap penuh belakang van..huhu. Balik umah apa lagi,keje menghadap durian la bley kata makan durian, tidur durian..semua durianlah..Nak jadikan citer esok paginya bangun terus demam panas.. sebab termakan banyak durian. (sian x ley nak makan durian dah..mak tak kasi makan ). Mak cakap dah baik nanti baru ley makan.(Tengok jer org makan, saya plak kena makan ubat..huhu)

Lepas baik demam , apa lagi nampak durian jer terus makan..tp bila makan satu ulas jer badan tiba-tiba jadi panas pastu siap muntah2 lagi (demam balik). Selepas beberapa minggu pas tu try makan balik durian (musim durian!!! tu yang banyak durian kat umah ni) tp still demam jgak siap pening2 lagi. Beberapa kali jgk la jadi mcm tu bila makan durian...So dari peristiwa tu saya dapat simpulkan yang saya memang x ley nak makan durian dah..(alah pada durian). Satu nikmat sudah diambil kembali oleh Allah S.W.T daripada saya.( Kebaikkan yang saya dapat, saya tak demam kalo tak makan durian) Rupanya itu hikmahnya. Untuk mengelak demam yang pasti, saya dah tak makan durian!!!!



DULU TAK SUKA, SEKARANG DAH MENJADI KEGEMARAN

Dulu rasanya paling menyampah dengan segala hasil yang diperbuat daripada soya...bley katakan semuanya saya x makan..sekarang nie, pantang jer nampak air soya, tau fu fa, tauhu dan tempe..mesti nak beli!!! Walaupun kadang2 x makan habis pun. Kadang2 tu siap pesan kat mak soh beli kacang soya lg...pastu wat air kayang soya (ermmm nyum2x sedapnya). Kadang2 mak bising jgk , asyik2 nak wat air kacang soya .. mcm x dak air llain dah kat dunia ni..huhu ( obses terhadap soya katakan!!!) Nak wat camner saya memang suka air kacang soya... ( semua org kat umah tu mmg tau saya suka gan air kacang soya without ais...)huhu. Hikmahnya, saya suka terhadap kacang soya ialah pembekal kalsium dalam tubuh badan saya.. HIDUP SOYA !!!!

TAPI ADA SATU BENDA JER SAMPAI SEKARANG YANG SAYA TAK SUKA IALAH SUSU!!!! rasa x ley nak masuk dalam kerongkong saya ni. kalo masuk pun mesti keluar balik. Tapi Allah S.W.T tu memang adil, DIA gantikan susu dengan kacang soya..So nutrisi badan saya seimbang la...( x la reput tulang badan nie disebabkan kurang kalsium)..hehe.

Tu la saya..pelik kan. Tu baru citer bab makanan, kalo pasal lain lagi banyak rasanya perubahan yang berlaku dalam diri ini..

Tapi saya rasa bersyukur sangat, coz ALLAH S.W.T masih bagi peluang untuk saya merasakan segala kenikmatan hidup di muka bumi ini. Walaupun ada setengah2 benda tu DIA dah tarik balik nikmatNYA. Tapi DIA tetap gantikan dengan nikmat yang lebih baik...Apa pun yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita, kita kena selalu melahirkan rasa syukur dan redha kerana setiap yang dikurniakanNYA itu pasti yang terbaik untuk kita.

DON'T FORGET TO SAY "ALHAMDULILLAH"..Whatever HE give to us.

Jom pas nie ramai2 kita dengar lagu SYUKUR by RAIHAN dan hayati setiap bait ayat2nya k. Semoga terdetik rasa syukur di hati kita dan menghargai setiap kurniaanNYA. Insyaallah.

SYUKUR BY RAIHAN

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

~ Nak nyanyi lagu nie suara x merdu bak buluh perindu..so apa kata kita dengar jer yang versi RAIHAN.. Dah tentu2 sedap di dengar..hehe~


P/S: Sentiasalah mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh ALLAH S.W.T kepada kita, walaupun kekadang kita merasakan ianya tidak pantas (sesuai) dengan keadaan kita. Tapi ingatlah, kita hanyalah insan biasa yang tak mampu untuk mentafsir apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita.

Sabtu, 12 Mac 2011

TSUNAMI DI JEPUN

Assalamualaikum w.b.t....

SALAM TAKZIAH KEPADA MANGSA-MANGSA TSUNAMI DI JEPUN...

Musibah atau bala yang diturunkan Allah kepada kita, bukanlah menunjukkan yang Allah S.W.T tidak sayangkan kita. Tetapi ianya adalah untuk memberi pengajaran kepada kita di atas apa yang kita telah lakukan di atas muka bumi ini (segala kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah hasil tangan manusia itu sendiri). Selain itu, musibah juga adalah bentuk ujian Allah S.W.T kepada hambaNya sama ada merimanya dengan redha atau sebaliknya.

INGATLAH! Bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang berdosa dan bersalah, malah keseluruhan manusia seperi yang dijelaskan dalam Surah Al-Anfal 8:25;

” Dan jagalah diri kamu daripada seksaan yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim diantara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum), dan ketahuilah bahawa amat berat azab seksa-Nya “

Apa jua musibah yang melanda kita janganlah kita salah mentafsirnya, kerana sesuatu yang diturunkan Allah S.W.T itu pasti ada hikmahnya. Seperti mana tsunami yang berlaku di Jepun pada tanggal 11 Mac 2011 (semalam), pasti ada yang tersirat yang cuba disampaikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Sepatutnya kita renungilah diri kita kenapa Allah S.W.T menurunkan musibahnya itu. Apapun kita telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila kita menerima sesuatu musibah itu haruslah kita menyebut "innalillahi wainna ilaihi raji'un". Selain itu, janganlah lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mangsa-mangsa tsunami (atau musibah yang lain) terus tabah menghadapi ujianNYa itu.



Sebagai orang Islam, kita juga digalakkan memperbanyakkanlah beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dan berhentilah daripada melakukan dosa. Tetapi, adakah cukup setakat itu sahaja? Jangan dilupakan kewajipan kita dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah S.W.T :-

Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat dan menambahkan bagi kamu kekuatan kamu yang sedia ada, dan janganlah kamu membelakangkan seruanKu dengan terus melakukan dosa”(Surah Hud : 52)

Sehingga aku berkata (kepada mereka), pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu “(Surah Nuh 10:11)

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a. yang bermaksud :

Bekata Abdullah ibn Umar, “Ketika saya bersama sepuluh sahabat daripada muhajirin di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Rasulullah berpaling kepada kami dan berkata, “Menegah sesuatu kaum daripada mengeluarkan zakat bererti menegah langit daripada menurunkan hujannya. Kalaulah tidak kerana binatang yang tidak berdosa dan hidup melata dibumi, tentu hujan tidak akan turun (sehinggalah mereka mengeluarkan zakat harta mereka).”

P/S : Para sahabat sekalian, kembalilah kita ke jalan Allah kerana bala yang berlaku di sekeliling kita adalah akibat perbuatan kita sendiri.Serikanlah hidupmu dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah… InsyaAllah dirimu akan terpelihara dari kesesatan. Akhir kata pemanis bicara… jaga diri, hiasi peribadi… jaga iman, perbanyakkan amalan.

~ diadaptasi sedikit sebanyak dari http://jejekz.blog.friendster.com/2009/08/mengapa-allah-turunkan-bencana/ ~

#### Semoga Allah S.W.T merahmati percutian bonda saya (BARIAH BINTI HASHIM) dan keluarga kakak saya (ZAMILAH BINTI NON) selama seminggu di MEDAN, INDONESIA. Semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang. INSYAALLAH. ####

Rabu, 9 Mac 2011

~KEKUATAN WANITA~

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lepas kita telah menyambut "HARI WANITA SEDUNIA", suka nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita di dunia ini termasuklah kepada mak , kakak n kengkawan saya. Allah S.W.T menciptakan wanita ini ada banyak hikmahnya, tak perlulah saya terangkan lebih lanjut kerana saya harap apabila anda semua baca artikel di bawah ini...anda semua dapat menghargai wanita yang berada di sekeliling anda. Hargailah jasa wanita dan jangan persiakan mereka...



Kekuatan seorang Wanita adalah….
Bukan terletak pada Kariernya.
Bukan pada kekuasaannya, Pendidikannya, Gelarannya
...Bukan pula terletak ketika dia menjadi Polis, Tentera, Atlet, dll

Akan tetapi, Kekuatan Seorang wanita,
adalah ketika ia menjadi Seorang isteri….
Dan menjadi seorang Ibu…

Ketika dia Menjadi Seorang Isteri
Ketika dia “melepaskan” Keluarga yang sudah membesarkannya
Ketika dia “melepaskan” teman-temannya, sahabat-sahabatnya
Ketika dia “melepaskan” bekas kekasihnya
Ketika dia “melepaskan” kariernya,
Ketika dia “melepaskan” Hal-hal yang dulu disukainya
Malah memilih untuk menjadi suri rumah tangga
Mencuci baju dan menyeterika
Mengelap dan membersihkan perabot
Menyapu dan mengelap lantai dan lain-lain

Membuat tangannya yang halus lentik menjadi agak kasar dan berkuku pendek
Belajar memasak, yang kadang-kadang baru dilakukan seumur hidupnya
Ketika dengan sabar, “Makan hati” melihat malasnya suaminya
Ketika dengan sabar, berusaha memahami mertua,
Hanya untuk bersama suaminya
Membangun Keluarga Baru yang sendiri

Ketika dia menjadi Seorang Ibu
Ketika bersusah payah untuk mengandung
Ketika berbahagia mengetahui dirinya mengandung
Ketika mulai mengalami mual dan “morning sickness”
Ketika terpaksa minum susu, walaupun tidak suka
Menjaga pemikiran dan perkataanya, agar anak yang dilahirkan baik budi pekerti
Ketika kakinya mulai bengkak,
Ketika Wajahnya mulai berjerawat dan hidungnya membesar
Ketika tubuhnya mulai membengkak dan susah bergerak
Ketika bersusah-payah mengandung bayinya selama 9 bulan lebih
Akan tetapi dia tetap berusaha melakukan kerja-kerja rumah tangga
Bahkan tetap “melayani” suaminya yang tak tahu diri...
Ketika mempersiapkan segala urusan untuk melahirkan bayi
Baju, botol susu, peralatan mandi, biliknya, dll

Ketika Ketakutan waktu untuk melahirkan bimbang sama ada beranak secara normal atau pembedahan,
Ketika berusaha memerah susu dan menyusui sampai sakit,
karena keluar susunya sedikit
Ketika kurang tidur, kerana selalu bangun di waktu tengah malam untuk menyusukan anak
Mahupun untuk membersihkan tahi dan kencing waktu mengganti lampin
Ketika tetap mendodoi bayi sampai tidur
walaupun dirinya sendiri penat dan letih kerana kurangnya tidur
Ketika bersusah payah memberikan makanan yang bergizi dan susu yang mahal
Ketika berjimat menggunakan wang belanja pribadi, untuk keperluan keluarga
Ketika dengan sabar, mengajarkan anak berjalan, mengajak bermain, mendukung anak kemana-mana
Menghantar anak ke sekolah
Semua dilakukan hanyalah untuk keluarga
Bahkan sampai terlupa kemahuan mereka diri sendiri

Dan ketika anak-anaknya sudah besar
Dia harus melepaskan mereka
Agar mereka mampu berdikari dan berkeluarga sendiri
Dan diapun kembali kepada suaminya
Yang sudah mulai tua, buncit dan membotak
Hanya untuk setia sampai mati
Dalam susah mahupun senang, kaya mahupun miskin
Sihat maupun sakit, waras mahupun gila
Sampai Maut memisahkan mereka

Hormati dan Hargailah para Wanita
Kerana tanpa mereka, tidak ada satupun Manusia mampu dilahirkan!

P/S: Begitu besar pengorbanan wanita, hargailah jasa mereka dan sayangilah mereka seadanya sehingga akhir hayat mereka.

~ Sebagai seorang bergelar wanita, rasanya tak mampu saya menjadi sehebat mak (ibu dan isteri)....Semoga persiapan saya ke arah itu menjadikan saya sekuat dan setabah mak di dalam menghadapi hari-hari yang mendatang...Insyaallah (jika diizinkan Allah S.W.T)~

Sabtu, 5 Mac 2011

Apakah Balasan Kita Pada Ibu ???

Assalamualikum w.b.t....

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Berdasarkan hadith di atas, terbuktilah bertapa tingginya darjat seorang ibu dan ayah. Namun begitu, dunia hari telah menyaksikan jasa seorang ibu dan ayah dipandang enteng oleh anak-anaknya, ada yang sanggup meninggalkan ibu dan ayahnya terkontang kanting di kampung tanpa balik untuk menjenguk, menghantar mereka ke rumah orang tua dengan alasan sibuk dan sebagainya. Sebagai seorang anak, begitu tegar mereka melakukan perkara2 di atas. Di mana perginya nilai kemanusiaan yang ada pada setiap manusia...

Sedih rasa dihati, melihat statistik orang tua yang tinggal di rumah orang tua. Semakin hari semakin meningkat bilangannya, bukannya mereka tidak mempunyai anak, bahkan kadang-kadang anak mereka terdiri daripada doktor, jurutera, ahli perniagaan dan boleh dikatakan anak mereka mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Namun begitu, mereka lebih memilih untuk mengejar kejayaan dunia, sehingga melupakan kehidupan akhirat. Betapa besar pahalanya sekiranya kita mampu menjaga ibu dan bapa di akhir usia mereka. Mereka tidak inginkan harta kekayaan anak-anak, tetapi mereka hanyalah inginkan secebis kasih sayang anak-anak untuk meniti sisa hidup yang mereka ada.



Renungkanlah kisah di bawah...Apa Balasan kita pada IBU?


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita.Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm - takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi - anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

P/S : Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Pada yang tinggal jauh dari mereka, rajin2kan jari jemari anda untuk mendail telefon untuk bertanyakan khabar mereka, kerana ia dapat mengubat kerinduan mereka terhadap kita.

Seseorang itu belum dikira soleh dan solehah, selagimana dia belum mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibu bapanya (DOA IBU BAPA) selepas solat.

Selalulah kita ingat " SYURGA TERLETAK DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU "


Suka Nak bagi tau : MAK (BARIAH BINTI HASHIM) saya sayang mak sepenuh hati saya selepas ALLAH S.W.T (saya milikNYA yang abadi) dan Rasulullah S.A.W. Pada ARWAH AYAH (NON BIN MOHAMED) saya akan selalu mendoakan kesejahteraan buat ayah di sana. Semoga saya mampu menjadi anak yang solehah kepada MAK dan ARWAH ayah.Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...