Ahad, 10 Mac 2013

Tempat Yang Indah Dari Kaca Mata Ain...



Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bila bercakap tentang tempat yang menjadi idaman hati dan selalu kita kunjungi, mesti ada yang akan menyatakan shopping complexs, tempat peranginan dan banyak lagi kan… kan!!!

Begitu juga dengan saya, banyak tempat yang berada di hati ini… tapi tempat yang suka kunjungi ini, mesti jarang terlintas di fikiran anda semua.

Dulu-dulu, kalau ada yang bertanyakan saya;

 “Ain, kalau hang diberi pilihan …tempat mana yang hang rasa hang betui2 nak pi melawat?”

Dengan bangganya saya menjawab…

“Kalau diberi peluang, saya nak pi eropah…tempat kat sana saya tengok cantik sangat.”

(Biasalah perempuan, teruja dengan kecantikan..huhuhu)

Tapi sekarang, saya rasa Eropah dah tak cantik mengikut pandangan mata hati saya. Hati saya mengatakan ada tempat lain yang lebih cantik daripada Eropah. Subhanallah, memang wujud tempat itu.

Pengalaman hidup dan persekitaran saya banyak mengubah cara hidup dan pemikiran saya. Mungkin dulu, saya tidak matang untuk menilai apakah erti sebuah kehidupan menyebabkan saya hanyut dengan keseronokan dunia yang hanya sementara ini. Alhamdulillah, Allah S.W.T masih sayangkan saya lalu DIA kejutkan saya dengan HIDAYAH-NYA. Melalui hidayah-NYA, saya bangkit mencari erti sebuah kehidupan.

Apakah tujuan hidup seorang manusia diciptakan di bumi ini?

Jawapannya : Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran, Surah Az-Dzaariyaat (ayat-56) :

“Aku (Allah S.W.T) tidak menciptakan  jin dan manusia melainkan (mengabdikan) diri kepada-KU.”

Subhanallah, Allah menciptakan kita hanyalah untuk beribadah semata-mata kepada-NYA.
Namun hari ini, manusia lupa dengan tujuan asal kita dijadikan sehingga mereka merasakan dunia ini kekal untuk selama-lamanya. Bila tujuan asal kita dijadikan telah jauh dilupakan, maka tempat yang sepatutnya menjadi tempat yang perlu dituju menjadi tempat paling sedikit orang mengunjunginya. Seperti hari ini, tempat yang melalaikan seringkali dikunjungi oleh kita (shopping complex, cinema, hypermarket, pasar malam dan lain-lain lagi). Bukan tidak boleh pergi ke hypermarket ,shopping complex ataupun pasar malam, cumanya kurangkan kunjungan kita ke sana kerana tempat2 sebegini lebih banyak mengundang dosa daripada pahala. Kita boleh kunjungi tempat2 ini dengan niat untuk membeli keperluan harian kita dan apabila selesai urusan membeli-belah, maka kita beredarlah keluar dari tempat2 tersebut…dengan itu, In Syaa Allah kita dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan dosa. Wallahu’alam.

Berbalik pada tempat yang menjadi pilhan hati saya ialah :

1.      Masjid (Rumah Allah S.W.T)

Tak pernah terlintas di hati ini, masjid akan menjadi tempat pertama yang paling saya suka kunjungi. Ialah tanyalah anak muda sekarang ini, tempat yang mereka suka kunjungi..lain tak bukan shopping complex tak pun tempat hiburan (yang melalaikan). Anda mesti tertanya-tanya mengapa Masjid menjadi tempat di hati saya?  Bila kaki saya melangkah memasuki masjid, Alhamdulillah…Allah S.W.T berikan ketenangan yang saya takkan jumpa ditempat2 lain. Terlalu banyak pahala, yang boleh kita perolehi bila berada di Rumah Allah ini.  Maka rebutlah peluang tersebut selagi diberi kesempatan oleh-NYA.

Tengok Masjid pun rasa tenang...inikan pula iktikaf di dalamnya. Subhanallah!!!

2.      Majlis-Majlis Ilmu (Raudhah)

Seperti masjid, majlis-majlis ilmu juga menjadikan fikiran dan hati saya tenang. Melalui majlis-majlis ilmu, saya dapat memperolehi ilmu yang bermanfaat dan In Syaa Allah, dapat dikongsikan ilmu tersebut bersama-sama dengan orang lain. Kelebihan berada di dalam majlis ilmu itu terlalu banyak untuk dikhabarkan dan seperti yang kita ketahui “apabila seseorang seorang itu berada di dalam majlis ilmu seolah-olah dia berada di taman-taman syurga”. Betapa indahnya majlis ilmu. Subhanaallah!!!

Majlis ilmu, kalau tak join rugi!!!

3.      Rumah Saya (My Home)

Jauh mana pun saya merantau, tempat yang paling dirindui oleh saya ialah my home. Disitu saya dilahirkan dan dibesarkan, sudah tentu banyak memori yang terpahat di hati saya yang tak mungkin saya akan jumpa di tempat lain. Yang uniknya tentang rumah saya ialah, kakak dan abang saya semuanya tinggal berhampiran dengan rumah saya. So, keakraban kami semua yang menjadikan saya tak sanggup untuk berjauhan dengan mereka. Pernah juga pergi merantau jauh, tapi alih2 balik kerja kat kampung juga…huhuhu. Tak boleh jauh dari family, penyakit homesick selalu melanda diri..hehehe.

Rumah kita... memang the best place lah...huhuhu

4.      Kedai buku (Sangat sukakan bahan bacaan)

Ini salah satu tempat kesukaan saya, bila datang kedai buku....mesti saya rambang mata nak pilih buku. Saya memang obses terhadap buku (love reading), antara yang menjadi pilihan hati saya ialah buku & majalah agama, novel, buku motivasi (nak jadi pyscologist..tengah berusaha ke arah itu..huhuhu) dan buku masakan (sekarang dah ada business kecil-kecilan, jual homemade coklat, kek dan biskut). Kebanyakan buku yang saya beli kebanyakan buku yang bermanfaat. Kalau majalah hiburan tu, memang dari kecil emak tak kan benarkan kami beli coz emak tak suka kami cenderung ke arah hiburan. Kalau nasyid emak ok jer… bagi mak nasyid itu hiburan yang positif.

Tak boleh jumpa kedai buku...mesti nak masuk juga n beli satu dua buku...hehehe

Inilah tempat2 yang melekat kuat di hati ini…bukan tak pernah pergi shopping mall ataupun tempat2 peranginan. Cuma jarang sekali pergi, boleh dibilang dengan jari dalam setahun bila saya mengunjungi tempat2 sebegini. Kalau pergi pun, mesti nak pergi dengan keluarga.. keselamatan lebih terjamin dan lebih happening (keseronokannya lebih terasa bila bersama keluarga)…huhu. Sekarang saya cuba mencari masa yang terluang untuk mengunjungi perpustakaan pula. Kekadang ada buku yang saya suka baca tetapi sukar diperolehi dan harganya terlalu mahal…jadi, perpustakaan adalah tempat yang paling ideal untuk mendapatkannya (tengah mencari info tentang perpustakaan di sekitar saya..hehe).

IMPIAN (DOA SAYA SABAN HARI)

Tempat yang paling saya nak kunjungi selain yang dibicarakan di atas ialah Mekah Al-Mukarramah, Madinah Al-Munawarrah dan juga Masjid Al-‘Aqso. In Syaa Allah, jika diizinkan olehNYA. Tempat2 ini banyak meninggalkan kesan sejarah Islam yang menjadi peringatan buat kita semua. Pernah saya dengar ada Ustaz mengatakan bahawa apabila kita mengunjungi tempat-tempat sebegini, haruslah kita banyak muhasabah diri dan kenangkan pejuangan para rasul terdahulu dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. (ambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa tersebut). Jangan pula asyik bergambar dan membeli-belah jer.
(Peringatan buat diri sendiri juga) hehehe.

In Syaa Allah...jika diizinkan olehNYA , saya akan sampai ke sini nanti. Doakan saya yer kawan2!!!

Selain itu, saya juga berazam untuk mendirikan sebuah rumah untuk keluarga saya yang di dalamnya terdapat musollah (tempat solat), perpustakaan dan saya akan isikan rumah saya itu dengan majlis-majlis ilmu agar rumah saya itu akan menjadi lebih barakah (macam rumah mak saya sekarang, walaupun kecil tetapi penuh dengan keberkatan, In Syaa Allah). Bak kata orang “RUMAHKU, SYURGAKU” Aaamiin.

Mini Library impian saya!!!!


Semoga Allah S.W.T memperkenankan impian saya itu. In Syaa Allah.

Wallahu’alam.

Wassalam.




Jumaat, 18 Januari 2013

MENUNTUT ILMU AGAMA



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Bismillahirrahmanirrahim ( Dengan nama Allah

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang )

Mungkin tertanya ke mana saya menghilangkan diri sehingga tiada n3 yang baru untuk blog saya pada tahun 2013 ini. Saya akui sekarang ini, saya agak malas untuk menulis kerana keadaan diri yang agak letih. Siang saya bekerja, malam pula menyibukkan diri dengan kuliah/majlis Ilmu dan sabtu gan ahad pula sibuk buat business kecil-kecilan..huhuhu. 

Alhamdulillah, masa yang terluang ini saya akan cuba berkongsi sedikit coretan apa yang saya lalui sepanjang saya menuntut ilmu Agama ini. Semoga selepas ini Allah S.W.T beri kekuatan untuk terus berkongsi ilmu dengan rakan-rakan di luar sana. Yang mana baik ambillah sebagai pedoman dan kurang baik pula, jadikan sebagai sempadan hidup. Mudah-mudahan hidup kita ini akan terus berada di dalam rahmatNYA.

SENARIO DALAM MENUNTUT ILMU


Sedih melihat suasana kuliah/majlis ilmu di masjid dan surau yang saya hadiri, kebanyakan orang yang menghadiri kuliah/majlis ilmu ini terdiri daripada mak cik2, pak cik2, atuk2 dan nenek2, sayu melihat hanya 4, 5 orang sahaja anak muda (itu pun termasuk saya dan abang saya yang lewat 20-an ini serta adik2 sekolah rendah). Saya tertanya mana pergi anak2 muda yang lain di kawasan ini yang bakal menjadi pemimpin keluarga dan negara nanti. (Menuntut ilmu dunia, jawatan besaq, dan kahwin mahu tapi ilmu untuk mendidik diri, keluarga dan negara [ilmu agama] tak mahu dengaq!!!!). Hati ini sakit melihatkan senario ini. Saya sendiri takut melihat pemuda/pemudi di sekeliling saya, (macam mana saya nak jadikan mereka sebagai imam hidup [suami] saya). Semoga Allah temukan saya dengan calon imam yang terbaik buat saya dari aspek dunia, akhirat dan agama. Aaamiiin.

BERFIKIRAN POSITIF

Semuanya berkerja shift malam kot, ada yang melanjutkan pelajaran atau bekerja di tempat lain kot...x pun penat bekerja di siang hari sebab tu malam mereka tak boleh hadiri majlis ilmu. Otak ini ligat memikir ke mana anak2 muda ini menghilang.
KEADAAN SEBALIKNYA

Tapi yang sedihnya, bila perjalanan pulang dari kuliah/majlis ilmu, saya dapati ramai anak2 muda lebih suka melepak di kedai2 makan, tak pun melepak di sudut tertentu yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk bersembang.

DI KAWASAN BANDAR

Alhamdulillah, saya lihat ramai anak2 muda yang datang memeriahkan kuliah/majlis ilmu. Inilah contoh pemuda/pemudi Islam yang dituntut oleh Agama. Saya berharap senario yang berlaku di Masjid2 bandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur turut berlaku di tempat saya. In Syaa Allah, saya yakin ini akan berlaku jika kerja dakwah terus dipertingkatkan dan saya juga berharap mereka menerima Hidayah Allah S.W.T untuk kembali kepada agamaNYA.

PENGALAMAN SAYA

Saya pun macam budak muda yang lain (lewat 20-an) pergi merantau sampai ke universiti menuntut ilmu dunia... Tapi tulus dari hati kecil saya mengatakan ....

"Kamu berjaya mencari ilmu dunia...tapi adakah itukah bekalan yang kamu akan bawa untuk bertemu dengan Allah di akhirat nanti? "

Soalan itu sering berputar2 di minda saya selepas saya menamatkan pengajian saya... Dalam melayari hidup sebagai manusia saya lupa tanggungjawab saya sebagai sebagai hamba. Saya lupa bahawa untuk meneruskan hidup sebagai hamba saya perlu mencari ilmu tentang ISLAM (AL-QURAN, Aqidah, Feqah, Tassawuf, Sirah, Akhlak, Tauhid dan pelbagai lagi), kerana itulah garis panduan kita supaya sentiasa di jalan yang LURUS.


Ilmu tentang Agama (ISLAM) takkan datang kepada kita dengan sendirinya kalau kita tak mencarinya. Saya bersyukur sangat, walaupun usia sudah menjangkau lewat 20-an tapi saya masih lagi diberi kesempatan untukNYA untk menuntut ilmu tentang Agama. Biarpun lewat asalkan jangan terlambat.

Alhamdulillah, setakat ini banyak juga saya telah pelajari dan saya tahu melalui majlis ilmu tetapi masih banyak dan terlalu banyak lagi yang belum saya pelajari dan tahu lagi. 

In Syaa Allah...kalau dipanjangkan umur, saya berharap Allah terus bukakan pintu hati saya untuk terus mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam lagi serta mengamalkannya sehingga akhir hayat saya.


SELEPAS MENGIKUTI MAJLIS ILMU

Dulu sebelum mengikuti majlis ilmu... apabila berada dalam dewan kuliah 1-2 jam (waktu study dulu..) takpun dengar kuliah Agama 1-2 jam, mesti terasa lambat sangat waktu berjalan.

Tetapi sekarang bila Allah bukakan pintu hati saya untuk mengenal ilmu Agama dengan lebih dekat lagi, waktu 1-2 jam terasa cepat sangat berlalu sehinggakan saya ..aikk kenapa cepat sangat dah habis nie... rasa macam tak puas jer dengar ilmu agama Allah ini.

Hati saya semakin tenang dan tak serabut dah dengan perkara2 yang remeh-temeh nie... Yang paling best lagi..kalau tak dengar kuliah agama rasa macam tak lengkap jer hidup. Walaupun, tak hadiri kuliah di surau/masjid...saya akan pastikan diri saya mendengar atau menonton kuliah melalui you tube/ tv @radio. Janji, mesti ada ilmu yang saya akan pelajari hari tu. Kalau saya musykil saya akan bertanya kepada yang lebih arif. Itulah proses menuntut ilmu.

ALASAN

Takpalah kerja awak tak perlu tanggungjawab yang besar macam kami (doktor, jurutera, pengurus syarikat, arkitek dll). Kerja kami siang malam tahu tak? 
Ok saya akui, saya tak kerja seperti kerja di atas tapi saya tetap bekerja (kerja office jer). Pergi kerja pukul 9 pg balik 5.30 ptg. Apa yang saya buat? Siang saya bekerja, malamnya saya belajar ilmu Agama.

Saya jumpa ramai orang bekerja macam anda di atas, tapi saya pelik? Kenapa mereka boleh jer belajar ilmu agama, siap mampu berdakwah lagi.. 

Contoh famous: Prof Madya Dr Harlina Siraj, Prof Dr Muhaya….diorang tu kan doktor dan berkerluarga lagi (sibuk kot!!!) tapi boleh jer belajar ilmu Agama.

Hidup jangan terlalu banyak cipta alasan takut2 mati esok tak dah alasan nak bg kat Allah nanti, bila DIA tanya kenapa kita tak menunutut ilmu Agama?

Hentikan ALASAN cubalah cari ruang untuk menuntut ilmu Agama selagi diberi kesempatan. Apabila kita berusaha bersungguh2 untuk menuntut ilmu Agama, In Syaa Allah...Allah akan mempermudahkan urusan kita.



INGATLAH

Mati tak mengenal usia kita muda ker tua, bila sampai masanya, pasti mati itu akan menjemput kita. Waktu itu, sama ada amalan baik kita dah mencukupi atau tidak? malaikat maut pasti akan datang (on time) mencabut nyawa kita. Ketika itu, penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Saya mohon pada rakan-rakan dan adik-adik di luar sana, di waktu usia yang muda inilah kita digalakkan menuntut ilmu Agama, kerana ilmu itu akan membantu kita untuk meraih segala pahala yang telah Allah janjikan kepada kita. Tanpa ilmu macam mana kita nak beribadah kepadanya? 

Telah bersabda Rasulullah SAW :

“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim” (HR. Ibnu Majah,
BaihaQi, dll) 

Hadits Shahih ini menjelaskan dengan tegas kewajiban menuntut ilmu bagi setiap muslim yang telah baligh. Ilmu yang dimaksud disini ialah ilmu din (ilmu Agama), ilmu-ilmu Agama yang wajib dituntut oleh setiap muslim yaitu ilmu aqidah, ibadah, pengetahuan tentang halal dan haram, akhlak dan hal-hal yang berkaitan dengan apa saja yang dia kerjakan di dunia ini. 

Ilmu inilah yang diminta oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam do’anya.: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah No. 3843).

KESAN HIDUP TANPA ILMU AGAMA

Hari ini, ramai orang Islam mencipta nama sebagai pakar

 dalam bidang masing2 antaranya doktor, jurutera,

 juruterbang, akauntan, arkitek, guru dll. Tapi sayang,

 mereka hanya hebat sebagai seorang profesional yang

 disegani oleh orang ramai tapi mereka sangat lemah dalam

 ilmu Agama.  Disebabkan kelemahan ini, mereka sanggup

 menjadi doktor yang tamakkan duit, menjadi guru sekadar

 melepaskan batuk di tangga, jurutera yang hanya hebat

 mencipta benda yang baru tanpa memikirkan kesannya

 kepada manusia, akauntan yang pecah amanah dan 

sebagainya. Nilai-nilai Agama yang tidak wujud dalam diri 

mereka menyebabkan mereka bertindak sedemekian rupa. 


Adakah ini yang kita mahukan dalam hidup kita? 


Hanya berjaya dunia tetapi akhirat kita tinggalkan. Tepuk 

dada tanyalah iman
.
Tak salah belajar ilmu dunia tapi ilmu Agama perlu menjadi

 yang utama di dalam diri agar kita mampu menjadi

 hambaNYA yang terbaik (mukmin yang sejati) di dunia dan 

di akhirat.


PESANAN 



Jangan malu untuk menuntut ilmu, saya akui saya tak pernah malu untuk belajar ilmu Agama biarpun usia saya lewat 20-an. Kalau saya malu, saya akan terus sesat. Biar saya malu sekarang jangan saya malu bila menghadap Pencipta saya nanti (Allah S.W.T).

Hadith Riwayat Ahmad :

“Sesungguhnya Allah S.W.T berikan dunia kepada sesiapa

yang DIA suka dan kepada sesiapa yang DIA tak suka, akan

tetapi Allah akan hanya bagi Agama (ISLAM) kepada hamba

 yang DIA cintai sahaja.”


Semoga kita tergolong di dalam hamba-hamba yang dicintai

 oleh Allah S.W.T. Aaamiiin.

NOTA : Carilah ilmu Agama yang benar (mengikut Al-Quran & As-Sunnah) kerana sekarang banyak sangat fahaman yang merosakkan aqidah umat Islam (syiah, wahabi, liberalisme, pluralisme dll).

~~~ CARILAH ILMU DAN LAKUKAN SEGALA-

GALANYA KERANA ALLAH S.W.T, DARIPADA ITU

 KITA AKAN MERASA MANISNYA IMAN ~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...