Assalamu'alaikum w.b.t..
Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada insan bernama 'AIN'. Nikmat yang dikurniakan rasanya tidak mampu untuk dihitung oleh saya, kekadang kita alpa & asyik bertanya kekurangan yang kita rasakan. Hari ini saya sedar, kekurangan itu sebenarnya menguji tahap keimanan seseorang. Terima kasih Allah kerana selalu mendengar suara hati ini & selalu menguji diri ini dengan kekurangan yang berbentuk ujian olehMU.
Selagi lagi syukur dipanjatkan buatMU kerana masih lagi dipinjam nyawa untuk terus bernafas sehingga tahun 2018. HAPPY NEW YEAR 2018 to all of you. Every year, kita akan tanamkan satu atau beberapa azam baru yang perlu dilaksanakan demi mencapai segala yang kita inginkan.. berjaya atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau berjaya (ALHAMDULILLAH), kalau tidak (JANGAN PUTUS ASA) bawalah azam itu ke tahun hadapan..huhuhu
AZAM tahun baru saya ialah untuk MENJAI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM (azam setiap tahun..hihihi). Tapi untuk tahun ini, saya ada beberapa TARGET yang perlu saya laksanakan..INSYAALLAH dengan izinNYA... Berikut adalah beberapa azam yang ingin saya cuba jayakan..hahaha
1. BERDISIPLIN
Saya seorang yang penuh dengan perancangan (Budak Engineering..huhuhu) setiap benda yang bakal saya lakukan, saya akan pastikan semua mesti mengikut perancangan yang telah saya rangkakan...tapi yang menjadi kelemahan saya dalam melaksnakan perancangan itu ialah KURANG DISIPLIN dalam setiap tindakan yang saya lakukan. So, this year I'll be make sure I must follow every single planning that I have made it. Chaiyok2x AIN...Gambate!!!
2. BE A GOOD MUSLIMAH (MY AURAH)
Untuk menjadi muslimah yang betul2 mengikut syariat yang Allah tetapkan di zaman ini adalah sngat MENCABAR. Pelbagai trend fesyen yang ditonjolkan oleh SELEBRITI, PENGELUAR JENAMA PAKAIAN & INSTAFAMOUS...membuatkan muslimah hari ini tergoyah imannya sama ada ingin mengikut syariat atau mengikut trend semasa. Bagi saya pula, di usia 30 series ini..gaya & trend sudah tidak penting tetapi perlu mengikut beberapa kriteria ini:-
- Menutup aurat (handsock, stokin, tudung labuh ke dada & longgar)
- Tidak menonjol (no more blink & hot colour)
- Selesa (tidak mengikut bentuk badan & kainnya tidak jarang serta menyerap peluh)
- Design simple but nice (love to wear JUBAH & BAJU KURUNG)
from MR. Google
3. KAHWIN
Bab ini saya tak mampu predict but I'm always pray that ALLAH will give me THE BEST HUSBAND for guide me (& our children) to JANNAH. Saya berharap sangat tahun ini saya dapat menamatkan zaman bujang saya (malas nak jawab soalan reporter kampung) kerana saya telah bersedia ke arah itu.
4. PERNIAGAAN
Tahun ini saya memohon ALLAH luaskan rezekiNYA untuk kami majukan perniagaan kami agar kami dapat beroleh KEJAYAAN & KEUNTUNGAN yang berlipat kali ganda...seterusnya dapat berkongsi kesenangan itu bersama-sama mereka yang memerlukan. Aaamiin.
Setiap azam yang kita ciptakan mestilah diringi dengan doa, usaha, tindakan & tawakal supaya ianya mampu menjadi REALITI.
Semoga apa jua yang kita AZAMKAN & HAJATI dimakbul olehNYA..Aaamiin.
BYE...ADIOS
WASSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan