Sabtu, 30 Oktober 2010

KELAKARNYA SUAMI AKU NIH....



Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…” Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..” Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hih

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,
Suamimu


~~~citer nie dari facebook org, namanya Jejupingu Unni~~~

Rabu, 27 Oktober 2010

Panduan buat Awk...Peringatan buat Saya~



Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.



Lakukan Risikan Secara Rahsia


Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.



Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.



Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.



Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.



Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.



Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.

Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

25 Pesanan Luqman Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

LOVE AND TIME

Once upon a time, there was an island where all the feelings lived: Happiness, Sadness, Knowledge,and all of the others, including Love. One day it was announced to the feelings that the island would sink, so all constructed boats and left. Except for Love. Love was the only one who stayed. Love wanted to hold out until the last possible moment. When
the island had almost sunk, Love decided to ask for help.

Richness was passing by Love in a grand boat. Love said, “Richness, can you take me with you?”
Richness answered, “No, I can’t. There is a lot of gold and silver in my boat. There is no place here for you.”

Love decided to ask Vanity who was also passing by in a beautiful vessel. “Vanity, please help me!” “I can’t help you, Love. You are all wet and might damage my boat,” Vanity answered.

Sadness was close by so Love asked, “Sadness, let me go with you.” “Oh . . . Love, I am so sad that I need to be by myself!”

Happiness passed by Love, too, but she was so happy that she did not even hear when Love called her.

Suddenly, there was a voice, “Come, Love, I will take you.” It was an elder. So blessed and overjoyed, Love even forgot to ask the elder where they were going. When they arrived at dry land, the elder went his own way. Realizing how much was owed the elder, Love asked Knowledge, another elder, “Who Helped me?”

“It was Time,” Knowledge answered.

“Time?” asked Love. “But why did Time help me?” Knowledge smiled with deep wisdom and answered, “Because only Time is capable of understanding how valuable Love is.”

Malaikat Menunjukkan Gambaran Syurga kepada Asiah

Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, “Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.”

Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.

Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.

Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.

Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekat hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu istennya sendiri, Asiah.

Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan “Allah” yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.

Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: “Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!”

JawabAsiah dengan tegas: “Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: “Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!”

Jawab Asiah: “Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.

Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.

Katanya: “Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan.” Berulang kali pula Asiah menjawab: “Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.”

Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: “Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”

Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.

Selasa, 19 Oktober 2010

MENGERTILAH....SESUNGGUHNYA AKU HANYA INSAN BIASA.....

Di saat aku perlukan sokongan dan dorongan lebih banyak ujian yang datang menimpa...mungkin kerana Allah S.W.T ingin menjadikan aku lebih kuat dan sentiasa redha dengan ujianNYA.

Namun jauh di sudut hatiku...sebenarnya terasa berat dan lelah untuk menghadapinya seorang diri..Org yang selama ini banyak memberi semangat telah jauh meninggalkan diriku ini..Bukan simpati yang aku pinta, tetapi secebis harapan dan sokongan terhadap apa yang aku pejuangkan ini. Ianya bukannya untuk kepentingan diri sendiri, tetapi semuanya adalah untuk kesenangan kita bersama..

Wahai ibuku, bukan harta dan wang jadi ukuran aku selama ini. Hanya yang aku inginkan adalah sedikit kepercayaan dan sokonganmu untuk aku menongkah setiap arus kehidupan ini. Fahamilah anakmu ini, bukan niat aku untuk menyakitimu. Hanya sekadar restuilah setiap apa yang aku pejuangkan selama ini. Mengertilah sesungguhnya anakmu tak mampu menghadapi segala-galanya seorang diri. Tanamkanlah kepercayaanmu terhadap segala apa yang anakmu lakukan ini. Ibuku... sesungguhnya hanya doa dan kasih sayangmu yang aku perlukan tatkala ini.

Wahai keluargaku (abang2 dan kakak2) ku sekalian, tanamkanlah sifat tanggungjawab di dalam diri kalian masing2. Kerana adikmu dah x mampu menerima segala ketidakpuasaan hati ibu kalian di atas kesalahan yang kalian lakukan. Bukannya ibu marahkan kalian, tetapi ibu hanya perlukan sedikit perhatian kalian di atas kesepian yang dilaluinya. Aku yakin bukan ibu sengaja ingin melepaskan kemarahannya terhadapku, cuma ibu perlukan orang untuk berkongsi segala kegembiraan dan kesedihannya. Sedarlah bukan adikmu tidak sudi mendengar segala keluhan ibu tu, cuma adikmu berada jauh sedikit dari ibu. Hanya sedikit masa dapat diluangkan buat ibu, andai masa itu hanyalah untuk dilepaskan rasa ketidakpuasan hati ibu dan ianya membuatkan ibu bahagia. Adikmu redha!!!!!!
Seandainya keluarga kalian lebih penting daripada kebahagian ibu, biarlah keadaan ini begini.Hanya satu adikmu pinta, wahai abang2ku syurgamu terletaknya di bawah telapak kaki seorang ibu, bukannya di bawah kaki seorang isteri.Pesanan wat kalian, jadilah anak yang bertanggungjawab terhadap ibu kalian. Lakukan sebaik mungkin selagi ibu masih ada.

Wat kengkawan, bukan niat diri untuk menyembunyikan segala duka di hati tetapi biarlah diri ini yang menanggung segalanya seorang diri kerana itu lebih baik.Andai satu saat aku mampu bicara, akan kuluahkan kepada kalian.( Wat masa ini,biarlah Allah S.W.T menjadi peneman dikala suka dan duka kerana DIA yang lebih mengerti segala-galanya.)

PadaMu Ilahi, aku memohon agar ringanlah rasa beban dihati ini.ENGKAU tanamkan segala keyakinanku ini terhadapMu, agar aku sentiasa redha dengan apa jua dugaanMU.ENGKAU berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini. ENGKAU sejukanlah hati ibuku.ENGKAU jadikanlah aku anak yang soleh dan sentiasa bersabar dengan segala kerenah ibuku. Sesungguhnya aku menyayangi ibuku melebihi aku menyayangi diriku.Berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga agar sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan aman.Berikanlah hidayah dan rahmatMu kepada kami agar kami berada di jalan yang lurus dan direhai olehMu. AMEEN...

LUAHAN HATIKU...bukan simpati yang dipinta. Hanya sekadar luahan untuk meleraikan segala kekusutan di hati.

Luahan hati DAMIA....

Selasa, 12 Oktober 2010

Pagar Diri Dari belenggu Ilmu hitam dan Sihir

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy )

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:
'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
(Riwayat Abu Daud ).

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya:
"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk ke dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". (Riwayat al Bukhari dan Muslim.)

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud ).

Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat alKursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."
(Riwayat al Bukhari).

Jumaat, 8 Oktober 2010

MUHASABAH DIRI - MENILAI DIRI

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.



Hadis Rasulullah bermaksud: "Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat"

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:



Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?

Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?

Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?

Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?

Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?

Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?

Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?

Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?

Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?

Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?



Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...