Assalamualaikum w.b.t
Tanggal 16 Mei, merupakan hari yang paling bermakna buat para pendidik. Ada yang memanggil mereka guru, cikgu, pensyarah, ustaz dan pelbagai lagi kata ganti nama buat mereka. Tak kisahlah apa jua panggilan buat mereka, yang penting ilmu yang diajar oleh mereka amat bernilai buat kita sebagai anak murid mereka.
Ilmu yang diajar oleh mereka merangkumi ilmu duniawi dan ukhrawi, sebagai orang yang menerima ilmu daripada mereka kita mestilah menghormati mereka sepertimana kita menghormati ibu bapa kita.
Tiada kata yang mampu diucapkan jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan oleh mereka buat kita. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang telah banyak menabur bakti mereka kepada saya selama ini. Ini adalah senarai tempat yang saya pernah menuntut ilmu secara formal:
1. TADIKA KAMPUNG CHANGKAT
2. SEKOLAH KEBANGSAAN KELEDANG JAYA
3. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI NIBONG
4. POLITEKNIK SEBERANG PERAI
5. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM
Selain itu, terima kasih tak terhingga diucapkan kepada para ustaz dan ustazah yang tak jemu2 mengajar saya mengenal kalam Allah S.W.T ( AL-QURAN), dari merangkak mengenal huruf hinggalah sekarang Alhamdulillah mampu mengalunkan ayat-ayat suci Allah dengan baik. Insyaallah saya akan terus mempelajari ilmu Allah ini hingga ke akhir hayat saya.
Melihat senarai di atas, itu antara orang2 yang formal mengajar saya...
Kekadang ilmu juga boleh dikutip melalui pengalaman hidup seharian kita yang tanpa kita sedari ianya mampu memberi kita ilmu kehidupan..
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat mereka semua yang pernah mengajar saya secara tidak formal, sehinggakan saya mampu insan yang insyaallah berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Mari renungkan firman Allah ini:
Surah ali-‘Imran:18
Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Melalui ayat di atas, bagaimana Allah S.W.T memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu – ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu (guru).
Sekolah rendahku (SKKJ)...
Tak dak la gambar sekolah...gambar lencana pun jadi la (SMKSN)
P/S: Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan. Nilai wang ringgit tidak mampu untuk menandingi ilmu yang diajar oleh mereka, justeru itu kita sebagai pelajar mestilah mendoakan mereka agar sentiasa dirahmati Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Doa para pelajar untuk mereka adalah lebih baik dan insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T...(Itulah adalah hadiah yang terbaik buat mereka semua)
KATA TERAKHIR DARIPADA SAYA ....

Ilmu yang diajar, Insyaallah akan digunakan sebaik mungkin
Waktu belajar adalah waktu yang paling best untuk dikenang...
TEMPATKU MENIMBA ILMU....
Sekolah rendahku (SKKJ)...
Tak dak la gambar sekolah...gambar lencana pun jadi la (SMKSN)
Poli yang paling best ( PSP)... enjoy sesangat study kat cni.hehe..
Buat masa sekarang ini lah tempat terakhirku menimba ilmu...
P/S: Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan. Nilai wang ringgit tidak mampu untuk menandingi ilmu yang diajar oleh mereka, justeru itu kita sebagai pelajar mestilah mendoakan mereka agar sentiasa dirahmati Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Doa para pelajar untuk mereka adalah lebih baik dan insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T...(Itulah adalah hadiah yang terbaik buat mereka semua)
KATA TERAKHIR DARIPADA SAYA ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan