Rabu, 11 Mei 2011

ENGINEER VS BAKER ?

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya (setelah empat tahun bertungkus lumus menuntut ilmu). Akhirnya Allah S.W.T memakbulkan doa saya. Insyaallah semoga selepas ini Allah S.W.T memudahkan urusan saya untuk mencari pekerjaan...



Masa hadapan hanya milik Allah S.W.T, saya hanya mampu merancang tetapi segala-galanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Mengikut perancangan saya, saya rasa saya tak minat untuk menceburi bidang yang saya belajar sekarang, tetapi ramai yang mendesak supaya saya bekerja dalam bidang ini juga.(Engineer bukan kerjaya pilihan saya) Tapi mesti tertanya kenapa saya belajar dalam bidang tu kan?

JAWAPAN : Biarlah rahsia ( Biarlah hanya DIA dan saya yang tahu !!!!!!)

Tetapi yang mereka semua tahu, dalam kelembutan saya masih ada secebis sifat degil yang masih utuh di dalam hati ini (anak bongsu). Hitam kata saya, hitam jugalah keputusan saya. Maafkan saya mak, bukan niat saya ingin membantah tapi saya cuma inginkan kebebasan dalam memilih kerjaya saya, supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang saya pikul itu dengan ikhlas bukan kerana terpaksa atau pun gaji yang lumayan. ( Tetapi orang sekeliling kita tak faham apa itu hakikat minat? Yang ada dalam akal fikiran mereka, mesti kerja doktor, engineer, lawyer barulah dikatakan berjaya.)

Bagi saya, seseorang itu dikatakan berjaya apabila kerjaya yang dipilihnya mampu mengajarnya erti tanggungjawab seorang Hamba kepada Penciptanya dan tanggungjawabnya sesama manusia. Tetapi dunia sekarang, kerjaya adalah segala-galanya sehinggakan mereka tidak mampu bezakan halal dan haram, dan lebih menyedihkan lupa tanggungjawab mereka untuk sujud menghadapNYA 5 kali sehari.



"YA ALLAH YA TUHANKU, SEKIRANYA KERJAYA YANG ENGKAU BERIKAN KEPADAKU KELAK BOLEH MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB AKU SEBAGAI SEORANG HAMBA KEPADA-MU, MAKA ENGKAU JAUHILAH KERJAYA TERSEBUT DARIPADA AKU, ENGKAU DEKATKANLAH AKU KEPADA KERJAYA YANG MAMPU UNTUK AKU BERIBADAH KEPADA-MU DI DALAM APA JUA KEADAAN" AMIN....


Hanya satu yang saya pinta, walau apa jua kerjaya yang pilih nanti. Tolong jangan bandingkan dengan apa yang saya ada. Tak semestinya, kita ada degree kita mesti keja ikut level degree kita. Saya bukan jenis orang yang macam tu.  Saya percaya setiap manusia telah ditentukan rezeki mereka masing-masing, yang perlu dilakukan sekarang ialah berusaha dan berdoa semoga kerja yang diperolehi kelak tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

Untuk pengetahuan keluarga tersayang, saya punya impian yang ingin saya ingin realisasikan. Insyaallah, jikalau diizinkan oleh Allah S.W.T , saya ingin buka kedai kek dan roti di kawasan kita ini. Asyik2 yang buka kedai kek jer, mesti bangsa lain, yang paling menyedihkan apabila orang Melayu sanggup beli kek kat kedai bangsa lain. Memangla la diorang letak label HALAL kat produk mereka, tapi kesahihannya belum dipastikan lagi. Sebagai orang Islam, saya mesti ubah kebiasaan ini agar makanan yang dimakan oleh orang Islam lebih terpelihara kesuciannya. (Berkobar-kobar semangat ni...huhu). So, saya harap sangat family saya dapat bagi galakkan kepada saya dan tolong restui jalan yang pilih ini. Biarpun bidang ini, jauh menyimpang dari apa yang saya belajar selama ini. Ilmu yang saya belajar selama ini tidak rugi pun saya dalaminya. Insyaallah mana tahu suatu hari nanti ilmu itu akan berguna kepada saya kelak, masa hadapan kita mampu untuk kita ramalkan. Hanya DIA yang Maha Mngetahui segala-galanya.


Insyaallah, impian dan niat baik saya tu akan dimakbul oleh Allah S.W.T. Amin......


Teringat kata rakan-rakan saya " Kak ain jangan benci sangat kerjaya engineer nie, nanti silap2 kak ain yang kerja sebagai engineer kot. Tak pun kak ain kahwin  gan engineer nanti.. Ha camner nanti?"... Saya hanya mampu tersenyum gan statement tu..huhu


PENGAKUAN : Saya tak pernah membenci kerjaya sebagai 'ENGINEER', tapi saya cuma tak minat untuk ceburi bidang tersebut..hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...