Assalamualaikum w.b.t...
Pelangi Yang Ku Cari
Semakin hari, semakin banyak ujian yang perlu ditempuhi oleh saya di dalam melayari bahtera sebagai seorang pelajar. Selama 4 tahun ni, rasanya dah banyak kali mata ini menitis air mata kesedihan akibat tekanan yang terpaksa dilalui sebagai insan yang berstatus pelajar ini. Bukan tidak mensyukuri nikmat Yang Maha Esa berikan kepada saya, tetapi hanya ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati ini. Saya sentiasa berdoa di sebalik dugaan ini, akan muncul pelangi yang mampu memberi kebahagiaan kepada diri ini. Insyaallah, pelangi itu pasti muncul, saya akan terus menunggu sehingga tiba masa dan ketikanya.
Saat dan ketika ini, saya berhadapan dengan insan yang terlalu keras hatinya dan sangat tegas dalam setiap keputusan yang dibuat. Sebagai seorang manusia, saya akan terus berusaha untuk membuatkan insan ini berpuas hati dengan segala hasil kerja saya. Saya hanya mampu untuk berusaha selainnya saya serahkan kepada Allah S.W.T. kerana Dia yang menentukan segala-galanya di muka bumi ini.
Doa untuk melembutkan hati orang yang kita hajati :
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang- orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
Surah At-Taubah, ayat 128 hingga 129.
P/S: Insyaallah, Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita, selagi kita yakin dan redha dengan segala ketentuanNYA.
InsyaALLAH hati ana yang tengah sedih ni pon rasa tenang bila baca P/S kamu tu..
BalasPadamTerima kasih ya..
Sentiasa merindui nasihat..
ameen..semoga ain terus tabah ya.. :-) MO doakan
BalasPadam