Jumaat, 5 Januari 2018

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t...

BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start this year..huhuhu. Akmaklumlah, asyik terbabasss jer dengan kemahuan diri. Tapi tahun akak tekad untuk challenge myself to save money every week like this schedule.


C&P from Mr. Google

Suka atau tak akak kena bulatkan tekad.. every week mesti simpan ikut jadual di atas. Nak simpan ni mudah jer cuma perlukan disiplin & kesabaran yang tinggi. (Jangan my sis ajak pi bercuti lagi udah la..dengar kata dia nak pi bercuti di terengganu hujung bulan ni..siap ajak teman lagi..AIN say NO to this vacation yerr ..errr!!!)


Matlamat saving ni adalah untuk keperluan travel...untuk simpanan akak dah letak tepi. Ini lebihan duit bulanan yang akak ada...hihi. 

Langkah2 yang akak ambil untuk saving ialah:-

1. Keperluan 

Akak dah set minda akak untuk beli keperluan sahaja..kehendak tu akan ditunaikan bila ada lebihan wang yang tidak digunakan pada bulan tersebut. 

2. Belanjawan

Bukan negara jer ada belanjawan tapi kita perlu ada belanjawan bulanan supaya kita tahu aliran duit masuk & keluar pada bulan tersebut. Dari situ kita mampu tentukan perbelanjaan kita rancangkan.

3. Bawa Bekal ke Pejabat

Ini memang akak selalu buat..boleh jimat banyak uolls..huhu. Akak ni cerewet sikit bab nak makan, akak prefer masak sendiri daripada membeli kerana kita dapat menjaga tahap kualiti  kebersihan dalam penyediaan makanan yang kita nak makan tu. Akak makan jer kat luar (sebulan sekali..hihi) ..itu pun akak akan pastikan kedai yang dipilih itu menetapi piawaian akak...(berlagak DIVA..hahaha)

4. Tanam Sayur-sayuran

Kat belakang umah akak dah ada mini kebun..so, lagi 2-3 adalah hasil daripada mini kebun tersebut. Di situ akak dah dapat kurang 10-20 peratus perbelanjaan dapur akak. So, duit lebih tu akak boleh simpan...huhu.

5. Pindah Tempat Kerja (Tengah Berusaha..semoga Allah permudahkan urusan akak..Aaamin)

Kerja sekarang pun alhamdulillah..cumanya akak berharap sangat dapat bekerja di sebelah seberang perai itu lebih baik berbanding di Pulau. Di sini, akak dapat jimat tol jambatan, minyak & parking toll. Apa2 pun korang doakan akak dapat tukar tempat kerja secepat mungkin ya..huuhu.


Nak simpan duit ada pelbagai cara..tapi cara ini yang paling mudah untuk akak. Semoga akak berjaya untuk sahut MISI ini..GAMBATE AIN!!!! Korang pun jangan lupa untuk SAVING yerr.. tak rugi pun uolls. Cuma perlu ISTIQAMAH & DISIPLIN yang tinggi..InsyaAllah, kita akan berjaya.

ADIOS..

WASSALAM.



Isnin, 1 Januari 2018

AZAM TAHUN BARU - BE A SIMPLE PERSON

Assalamu'alaikum w.b.t..


Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada insan bernama 'AIN'. Nikmat yang dikurniakan rasanya tidak mampu untuk dihitung oleh saya, kekadang kita alpa & asyik bertanya kekurangan yang kita rasakan. Hari ini saya sedar, kekurangan itu sebenarnya menguji tahap keimanan seseorang. Terima kasih Allah kerana selalu mendengar suara hati ini & selalu menguji diri ini dengan kekurangan yang berbentuk ujian olehMU.

Selagi lagi syukur dipanjatkan buatMU kerana masih lagi dipinjam nyawa untuk terus bernafas sehingga tahun 2018. HAPPY NEW YEAR 2018 to all of you. Every year, kita akan tanamkan satu atau beberapa azam baru yang perlu dilaksanakan demi mencapai segala yang kita inginkan.. berjaya atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau berjaya (ALHAMDULILLAH), kalau tidak (JANGAN PUTUS ASA) bawalah azam itu ke tahun hadapan..huhuhu

AZAM tahun baru saya ialah untuk MENJAI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM (azam setiap tahun..hihihi). Tapi untuk tahun ini, saya ada beberapa TARGET yang perlu saya laksanakan..INSYAALLAH dengan izinNYA... Berikut adalah beberapa azam yang ingin saya cuba jayakan..hahaha

1. BERDISIPLIN
Saya seorang yang penuh dengan perancangan (Budak Engineering..huhuhu) setiap benda yang bakal saya lakukan, saya akan pastikan semua mesti mengikut perancangan yang telah saya rangkakan...tapi yang menjadi kelemahan saya dalam melaksnakan perancangan itu ialah KURANG DISIPLIN dalam setiap tindakan yang saya lakukan. So, this year I'll be make sure I must follow every single planning that I have made it. Chaiyok2x AIN...Gambate!!!

2. BE A GOOD MUSLIMAH (MY AURAH)
Untuk menjadi muslimah yang betul2 mengikut syariat yang Allah tetapkan di zaman ini adalah sngat MENCABAR. Pelbagai trend fesyen  yang ditonjolkan oleh SELEBRITI, PENGELUAR JENAMA PAKAIAN & INSTAFAMOUS...membuatkan muslimah hari ini tergoyah imannya sama ada ingin mengikut syariat atau mengikut trend semasa. Bagi saya pula, di usia 30 series ini..gaya & trend sudah tidak penting tetapi perlu mengikut beberapa kriteria ini:-

- Menutup aurat (handsock, stokin, tudung labuh ke dada & longgar)
- Tidak menonjol (no more blink & hot colour)
- Selesa (tidak mengikut bentuk badan & kainnya tidak jarang serta menyerap peluh)
- Design simple but nice (love to wear JUBAH & BAJU KURUNG)


from MR. Google


3. KAHWIN 
Bab ini saya tak mampu predict but I'm always pray that ALLAH will give me THE BEST HUSBAND for guide me (& our children) to JANNAH. Saya berharap sangat tahun ini saya dapat menamatkan zaman bujang saya (malas nak jawab soalan reporter kampung) kerana saya telah bersedia ke arah itu.

4. PERNIAGAAN
Tahun ini saya memohon ALLAH luaskan rezekiNYA untuk kami majukan perniagaan kami agar kami dapat beroleh KEJAYAAN & KEUNTUNGAN yang berlipat kali ganda...seterusnya dapat berkongsi kesenangan itu bersama-sama mereka yang memerlukan. Aaamiin.

Setiap azam yang kita ciptakan mestilah diringi dengan doa, usaha, tindakan & tawakal supaya ianya mampu menjadi REALITI.

Semoga apa jua yang kita AZAMKAN & HAJATI dimakbul olehNYA..Aaamiin.

BYE...ADIOS

WASSALAM

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...