Sabtu, 30 Disember 2017

Aiskrim Malaysia By Ainnan Shoppe

Assaalamu'alaikum w.b.t


Cakap pasal aiskrim malaysia, teringat kisah dulu-dulu, emak saya merupakan seorang penjual aiskrim malaysia. Masa tu harganya tak lah semahal sekarang mungkin disebabkan kos penyediaannya yang murah dan senang didapati..sepuluh sen untuk sebatang ais krim malaysia (murahkan..huhuhu). Banyak juga perisa yang emak jual..hihihi

Sekarang yang paling murah pun RM 0.30 untuk sebatang, itu pun yang berperisa biasa sahaja. Bagi yang berperisa seperti choki-choki, oreo, green tea..semua tu boleh mencecah rm1.00/sebatang. Memang patut pun harga mencecah sebegitu kerana bahan2 yang digunakan agak mahal..untuk pengetahuan korang modal untuk sebatang ais krim choki-choki hampir mencecah rm 0.50. Memang logiklah para peniaga mengenakan harga sedemikian.


Sekarang saya pun menjalankan perniagaan ais krim malaysia (part time job tetapi diusahakan bersama anak buah.. saya kan kerja makan gaji..hihihi), tapi saya menjual ais krim malaysia versi terkini... antaraya ialah choki-choki, oreo, nata decoco, green tea & sagu... saya juga menjual perisa yang biasa. Dari segi modal, akaun untung rugi & pembelian bahan mentah, semuanya diuruskan oleh saya..manakala penyediaan & penjualan aiskrim malaysia pula dilakukan oleh anak buah saya. Untuk part time job, keuntungannya amat menberangsangkan dari ke hari (Alhamdulillah).

Perancangan tahun 2018, saya ingin meluaskan lagi pasaran ais krim ini agar menjadi perniagaan yang mampu menjana pendapatan yang lebih stabil & kukuh. Permulaan tahun ini, saya perlu giatkan & tingkatkan rangka promosi aiskrim ini (marketing) agar diketahui umum... Marketing yang hebat mampu menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan penjualan sesuatu produk disamping mempunyai kualiti produk yang baik.

Inilah hasil produk aiskrim malaysia yang dihasilkan oleh kami (jangan terliur sudahlah yerr..hihihi)






Green tea belum ada gambar lagi...huhuhu 

(Kalo siapa-siapa berminat nak buat TEMPAHAN  untuk sebarang majlis boleh whatsapp/call       018-7865022 tapi ini bagi mereka yang tinggal di kawasan  Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Parit Buntar (Perak) & Bandar Baharu (Kedah) sahaja..huhuhu)

Banyak yang saya telah aturkan untuk tahun 2018 ini, (salah satunya ialah meluaskan pasaran aiskrim malaysia)..diharap apa yang saya rencanakan untuk tahun hadapan mampu direalisasikan dengan jayanya..Aaamin. 


Jangan takut untuk berniaga kerana 9/10 daripada rezeki datangnya dari sumber perniagaan.  

"BIAR GAGAL KERANA MENCUBA DARI GAGAL KERANA LANGSUNGTIDAK MENCUBA" Untuk memiliki kehidupan yang indah dan berwarna-warni, Jangan pernah takut jika berlaku kegagalan, Kerana kegagalan dan kesilapan adalah guru terbaik untuk mencapai sesebuah kejayaan ♥ ♥ ♥.

ADIOS

WASSALAM


Jumaat, 29 Disember 2017

Berkebun

Assalamu'alaikum w.b.t...

Salam Jumaat..

Pejam celik..pejam celik, dah hampir seminggu saya bercuti. Bercuti daripada memikirkan kerja di pejabat. Benarlah kata orang, bila dah menempuh alam pekerjaan...suka atau tak kita mesti bertanggungjawab dengan pekerjaan yang kita pilih tu. (Bulan Mei tahun depan genaplah 3 tahun saya bekerja di architect firm tersebut). Terasa cepat betul masa berlalu.. Niat dihati nak bertukar kerjaya dalam bidang kejuruteraan semula.. peluang tu ada, cuma perlu kuatkan semangat untuk mengharunginya. Hari tu boss ada offer, kalo nak kerja bidang tu bagi tahu dia..in sya Allah, dia boleh tolong. (Macam best jer, cuma perlu tambahkan ilmu untuk memantapkan diri dalam bidang kejuruteraan..huhuhu)

Bestnya cuti kali...dah la cuti selama 10 hari, pastu boleh buat aktiviti yang saya suka..gembira sangat hati ini bila dapat buat benda yang saya SUKA..hehehe.

Dalam tempoh sepuluh hari ni, saya dah create sebuah mini kebun belakang rumah saya. Bermula dengan beli biji benih, tanah hitam, cocopeat, polibag dan bersihkan pasu2 yang sedia ada, semua tu saya lakukan sendiri (Anak buah pun tolong sama, kalo x.. jenuh jugalah saya nak keluarkan tanah yang dah keras dalam pasu tu..huhuhu). Terima kasih juga kepada emak yang menjadi advisor kepada saya untuk merangka landskap mini kebun saya tu. Alhamdulillah, berkat ilmu yang kawan2 share di FB & internet, membuatkan saya teruja untuk berkebun dan bercucuk tanam (matlamat sebenar hanyalah untuk menjimatkan kos sara hidup, alih-alih menjadi minat untuk berbudi kepada tanah la plak..huhuhu)

Banyak juga yang saya explore dalam berkebun ni, dari kaedah menanam, cara nak mencambahkan biji benih sehinggalah proses untuk menanam. Semua itu, menjadikan saya lebih teruja untuk mengaplikasikannya di kawasan mini kebun saya ini...sehinggakan kakak saya terkejut melihatkan kaedah yang saya gunakan & jumlah jenis sayuran & pokok yang saya tanam. Keterujaan saya itu, menyebabkan saya tidak sedar yang hampir 20 jenis pokok & sayuran saya telah tanam di mini kebun saya tu..hehehehe.

Antara sayuran & pokok yang saya tanam addalah:-

1. Sawi
2. Terung
3. Kucai
4. Cili padi
5. Cili Kulai
6. Kangkung
7. Petola
8. Ulam Raja
9. Tomato
10. Tembikai Kuning
10. Labu
11. Kacang Botor
12. Keledek Ungu
13. Kunyit
14. Halia
15. Serai
16. Bendi
17. Pisang
18. Pucuk Kaduk
19. Lidah Buaya
20. Daun Kesum
21. Bayam
22. Pegaga
23. Daun Pudina
24. Kobis
25. Ubi Kayu

Melihatkan senarai tanaman yang saya tanam..macam nak berniaga pun ya juga kan?? huhuhu. Tapi semua itu adalah untuk kegunaan harian sahaja... kalo ada lebih, boleh disedekahkan kepada jiran2 nanti. Itu usaha saya dalam menangani beban kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ni.

Sebenar ruang belakang rumah saya tu, tidaklah besar, tapi setelah dibersihkan...Alhamdulillah, dapat memuatkan hampir 100 biji pasu atau polibag yang bersaiz sederhana. Pokok pangkalnya, kita kena kuat semangat & bersungguh-sungguh untuk menjayakan apa yang kita idamkan.

Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini agar mini kebun saya mampu jadi seperti ini 


Imej: Google

Mini kebun saya bukan dilindungi dengan jaring hitam seperti gambar di atas tapi sebaliknya dilindungi dengan pokok rambutan dan juga mempelam..hahahaha.


Apapun yang kita lakukan perlu ada disiplin & azam yang kuat..supaya apa yang kita ingini itu dapat diterjemahkan menjadi realiti. 

Dah mengantuk sangat ni.. JOM TIDUR. OK BYE!!!

ADIOS

WASSALAM


Khamis, 28 Disember 2017

Impian yang masih lagi belum terlaksana???

Assalamu'alaikum w.b.t....

Mudahnya menyemai impian tp sukar utk melaksanakannya....salah satu impian yang masih belum terlaksana ialah nak travel around the world ALONE. Sekali jer berjaya melakukan perjalanan yang agak jauh secara SOLO iaitu dari PENANG ke KUALA LUMPUR, itupun nak pergi melapor diri di HQ tempat bekerja sekarang (cuak juga time tu, first time nak flight & ERL, semua explore sendiri..rasa macam berdikari sungguh)...hahahahaha Lawakkan!!!

Bagi korang mesti cakap..alah, adik aku darjah enam pun boleh buat la???..tp bg insan bernama AIN, itu adalah moment yang paling best utk dikenang. Saya x berpeluang seperti korang, semua benda mak & ayah tentukan..nak belajar jauh x boleh..akhirnya dari mula belajar sampai masuk universiti (alhamdulillah..course kat IPT diorang x masuk campur..kalo x, mesti saya jd mayat hidup pergi kuliah..huhuhu) pun dalam negeri kelahiran..sekarang pun bekerja di tempat kelahiran juga.

Tapi itu bukan penghalang untuk saya pasang impian nak travel seorang diri. In sya Allah, tahun depan (2018) saya akan buat apa yang saya nak..siapa pun x boleh halang (even mak)..huhuhu
Mak saya ni terlebih protective, semua benda x boleh, rasa saya macam umur 4-5 tahun jerrr sedangkan dah umur 32 tahun (sabor je lah.. hahahaha) 

Teringin nak further study kat oversea lepas habis diploma dulu.. tp CONFIRM mak x bg..hahaha

Mak dengan tegasnya pernah berkata "Mak tak kisah hang nak pi mana? jauh mana? lama mana? kalo hang dah KAHWIN.. tertelan air liur time tu dengar  perkataan KAHWIN. Itulah ayat keramat mak bila mana persoalan kenapa mak selalu halang semua benda saya nak buat.

"Mak, kahwin tu senang tapi nak cari pasangan hidup tu yang susah" berani cakap dalam hati jer la, x pernah terluah di depan Mak..huhuhu
AIN.. nak wat macam mana, terimalah dengan redha mak hang memang camtu..hihihi

So, next year mulalah buat saving utk travel yerr AIN, mak bagi ke tidak itu belakang kira (TRAVEL dalam MALAYSIA pun ok). Try penuhi impian anda, hidup hanya sekali... penuhi kehidupan ini dengan perkara yang bermanfaat.



 Bagi saya, melalui pengembaraan menjelajah bumi ALLAh inilah baru kita akan merasa betapa kerdilnya diri kita ini jika nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAh S.W.T.

Untuk merealisasikan impian awak tu AIN, apa kata cari calon suami dulu??? in sya Allah.. mak hang dengan rela hati lepaskan hang pergi kemana jua hang suka..huhuhu
Make sure your future HUSBAND have a dream like you..LOVE TO TRAVEL..hahaha
(pray for this...hihihi)

Kesimpulannya, jangan sesekali merasa putus asa untuk melakukan apa yang kita suka walaupun banyak halangan di hadapannya kerana hidup hanya sekali, manfaatkannya sehabis baik.

Semoga ALLAH S.W.T memakbulkan impian saya ini. Aaaamiiin.

ADIOS..

WASSALAM



Jumaat, 1 Disember 2017

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamu'laikum w.b.t

SALAM MAULIDUR RASUL 😀
12 RABI'UL AWAL 1439H
01 DISEMBER 2017

Salam Jumaat. 
Dihari yang mulia ini..sama2 lah renungkan kembali pejuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam memartabatkan ISLAM sebagai agama yang menyinari seluruh ALAM.


Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai 'ROLE MODEL' terbaik utk anak2 kita, kerana baginda adalah selayaknya untuk dicontohi. 😊


Peribadi, akhlak mulia & sifat kepimpinan baginda perlu diterapkan dalam diri anak2 kita agar mereka membesar menjadi insan yang bukan sahaja BIJAK tetapi mempunyai SAHSIAH diri yang tinggi.

SEMOGA MAULIDUR RASUL kali ini menjadikan kita lebih bersungguh2 untuk melaksanakan setiap SUNNAH RASULULLAH agar kita kelak mendapat SYAFA'AT baginda di akhirat nanti. Aaamiin.



Allahuma soli'ala saiyidina Muhammad, Wa'alaalihi wasohbihi wassalam.

ADIOS 
WASSALAM....

SALAM SAYANG ikhlas dari BUNDA AIN 😊



52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...