Assaalamu'alaikum w.b.t
Cakap pasal aiskrim malaysia, teringat kisah dulu-dulu, emak saya merupakan seorang penjual aiskrim malaysia. Masa tu harganya tak lah semahal sekarang mungkin disebabkan kos penyediaannya yang murah dan senang didapati..sepuluh sen untuk sebatang ais krim malaysia (murahkan..huhuhu). Banyak juga perisa yang emak jual..hihihi
Sekarang yang paling murah pun RM 0.30 untuk sebatang, itu pun yang berperisa biasa sahaja. Bagi yang berperisa seperti choki-choki, oreo, green tea..semua tu boleh mencecah rm1.00/sebatang. Memang patut pun harga mencecah sebegitu kerana bahan2 yang digunakan agak mahal..untuk pengetahuan korang modal untuk sebatang ais krim choki-choki hampir mencecah rm 0.50. Memang logiklah para peniaga mengenakan harga sedemikian.
Sekarang saya pun menjalankan perniagaan ais krim malaysia (part time job tetapi diusahakan bersama anak buah.. saya kan kerja makan gaji..hihihi), tapi saya menjual ais krim malaysia versi terkini... antaraya ialah choki-choki, oreo, nata decoco, green tea & sagu... saya juga menjual perisa yang biasa. Dari segi modal, akaun untung rugi & pembelian bahan mentah, semuanya diuruskan oleh saya..manakala penyediaan & penjualan aiskrim malaysia pula dilakukan oleh anak buah saya. Untuk part time job, keuntungannya amat menberangsangkan dari ke hari (Alhamdulillah).
Perancangan tahun 2018, saya ingin meluaskan lagi pasaran ais krim ini agar menjadi perniagaan yang mampu menjana pendapatan yang lebih stabil & kukuh. Permulaan tahun ini, saya perlu giatkan & tingkatkan rangka promosi aiskrim ini (marketing) agar diketahui umum... Marketing yang hebat mampu menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan penjualan sesuatu produk disamping mempunyai kualiti produk yang baik.
Inilah hasil produk aiskrim malaysia yang dihasilkan oleh kami (jangan terliur sudahlah yerr..hihihi)
Green tea belum ada gambar lagi...huhuhu
(Kalo siapa-siapa berminat nak buat TEMPAHAN untuk sebarang majlis boleh whatsapp/call 018-7865022 tapi ini bagi mereka yang tinggal di kawasan Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Parit Buntar (Perak) & Bandar Baharu (Kedah) sahaja..huhuhu)
Banyak yang saya telah aturkan untuk tahun 2018 ini, (salah satunya ialah meluaskan pasaran aiskrim malaysia)..diharap apa yang saya rencanakan untuk tahun hadapan mampu direalisasikan dengan jayanya..Aaamin.
Jangan takut untuk berniaga kerana 9/10 daripada rezeki datangnya dari sumber perniagaan.
"BIAR GAGAL KERANA MENCUBA DARI GAGAL KERANA LANGSUNGTIDAK MENCUBA" Untuk memiliki kehidupan yang indah dan berwarna-warni, Jangan pernah takut jika berlaku kegagalan, Kerana kegagalan dan kesilapan adalah guru terbaik untuk mencapai sesebuah kejayaan ♥ ♥ ♥.
ADIOS
WASSALAM