Jumaat, 18 Januari 2013

MENUNTUT ILMU AGAMA



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Bismillahirrahmanirrahim ( Dengan nama Allah

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang )

Mungkin tertanya ke mana saya menghilangkan diri sehingga tiada n3 yang baru untuk blog saya pada tahun 2013 ini. Saya akui sekarang ini, saya agak malas untuk menulis kerana keadaan diri yang agak letih. Siang saya bekerja, malam pula menyibukkan diri dengan kuliah/majlis Ilmu dan sabtu gan ahad pula sibuk buat business kecil-kecilan..huhuhu. 

Alhamdulillah, masa yang terluang ini saya akan cuba berkongsi sedikit coretan apa yang saya lalui sepanjang saya menuntut ilmu Agama ini. Semoga selepas ini Allah S.W.T beri kekuatan untuk terus berkongsi ilmu dengan rakan-rakan di luar sana. Yang mana baik ambillah sebagai pedoman dan kurang baik pula, jadikan sebagai sempadan hidup. Mudah-mudahan hidup kita ini akan terus berada di dalam rahmatNYA.

SENARIO DALAM MENUNTUT ILMU


Sedih melihat suasana kuliah/majlis ilmu di masjid dan surau yang saya hadiri, kebanyakan orang yang menghadiri kuliah/majlis ilmu ini terdiri daripada mak cik2, pak cik2, atuk2 dan nenek2, sayu melihat hanya 4, 5 orang sahaja anak muda (itu pun termasuk saya dan abang saya yang lewat 20-an ini serta adik2 sekolah rendah). Saya tertanya mana pergi anak2 muda yang lain di kawasan ini yang bakal menjadi pemimpin keluarga dan negara nanti. (Menuntut ilmu dunia, jawatan besaq, dan kahwin mahu tapi ilmu untuk mendidik diri, keluarga dan negara [ilmu agama] tak mahu dengaq!!!!). Hati ini sakit melihatkan senario ini. Saya sendiri takut melihat pemuda/pemudi di sekeliling saya, (macam mana saya nak jadikan mereka sebagai imam hidup [suami] saya). Semoga Allah temukan saya dengan calon imam yang terbaik buat saya dari aspek dunia, akhirat dan agama. Aaamiiin.

BERFIKIRAN POSITIF

Semuanya berkerja shift malam kot, ada yang melanjutkan pelajaran atau bekerja di tempat lain kot...x pun penat bekerja di siang hari sebab tu malam mereka tak boleh hadiri majlis ilmu. Otak ini ligat memikir ke mana anak2 muda ini menghilang.
KEADAAN SEBALIKNYA

Tapi yang sedihnya, bila perjalanan pulang dari kuliah/majlis ilmu, saya dapati ramai anak2 muda lebih suka melepak di kedai2 makan, tak pun melepak di sudut tertentu yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk bersembang.

DI KAWASAN BANDAR

Alhamdulillah, saya lihat ramai anak2 muda yang datang memeriahkan kuliah/majlis ilmu. Inilah contoh pemuda/pemudi Islam yang dituntut oleh Agama. Saya berharap senario yang berlaku di Masjid2 bandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur turut berlaku di tempat saya. In Syaa Allah, saya yakin ini akan berlaku jika kerja dakwah terus dipertingkatkan dan saya juga berharap mereka menerima Hidayah Allah S.W.T untuk kembali kepada agamaNYA.

PENGALAMAN SAYA

Saya pun macam budak muda yang lain (lewat 20-an) pergi merantau sampai ke universiti menuntut ilmu dunia... Tapi tulus dari hati kecil saya mengatakan ....

"Kamu berjaya mencari ilmu dunia...tapi adakah itukah bekalan yang kamu akan bawa untuk bertemu dengan Allah di akhirat nanti? "

Soalan itu sering berputar2 di minda saya selepas saya menamatkan pengajian saya... Dalam melayari hidup sebagai manusia saya lupa tanggungjawab saya sebagai sebagai hamba. Saya lupa bahawa untuk meneruskan hidup sebagai hamba saya perlu mencari ilmu tentang ISLAM (AL-QURAN, Aqidah, Feqah, Tassawuf, Sirah, Akhlak, Tauhid dan pelbagai lagi), kerana itulah garis panduan kita supaya sentiasa di jalan yang LURUS.


Ilmu tentang Agama (ISLAM) takkan datang kepada kita dengan sendirinya kalau kita tak mencarinya. Saya bersyukur sangat, walaupun usia sudah menjangkau lewat 20-an tapi saya masih lagi diberi kesempatan untukNYA untk menuntut ilmu tentang Agama. Biarpun lewat asalkan jangan terlambat.

Alhamdulillah, setakat ini banyak juga saya telah pelajari dan saya tahu melalui majlis ilmu tetapi masih banyak dan terlalu banyak lagi yang belum saya pelajari dan tahu lagi. 

In Syaa Allah...kalau dipanjangkan umur, saya berharap Allah terus bukakan pintu hati saya untuk terus mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam lagi serta mengamalkannya sehingga akhir hayat saya.


SELEPAS MENGIKUTI MAJLIS ILMU

Dulu sebelum mengikuti majlis ilmu... apabila berada dalam dewan kuliah 1-2 jam (waktu study dulu..) takpun dengar kuliah Agama 1-2 jam, mesti terasa lambat sangat waktu berjalan.

Tetapi sekarang bila Allah bukakan pintu hati saya untuk mengenal ilmu Agama dengan lebih dekat lagi, waktu 1-2 jam terasa cepat sangat berlalu sehinggakan saya ..aikk kenapa cepat sangat dah habis nie... rasa macam tak puas jer dengar ilmu agama Allah ini.

Hati saya semakin tenang dan tak serabut dah dengan perkara2 yang remeh-temeh nie... Yang paling best lagi..kalau tak dengar kuliah agama rasa macam tak lengkap jer hidup. Walaupun, tak hadiri kuliah di surau/masjid...saya akan pastikan diri saya mendengar atau menonton kuliah melalui you tube/ tv @radio. Janji, mesti ada ilmu yang saya akan pelajari hari tu. Kalau saya musykil saya akan bertanya kepada yang lebih arif. Itulah proses menuntut ilmu.

ALASAN

Takpalah kerja awak tak perlu tanggungjawab yang besar macam kami (doktor, jurutera, pengurus syarikat, arkitek dll). Kerja kami siang malam tahu tak? 
Ok saya akui, saya tak kerja seperti kerja di atas tapi saya tetap bekerja (kerja office jer). Pergi kerja pukul 9 pg balik 5.30 ptg. Apa yang saya buat? Siang saya bekerja, malamnya saya belajar ilmu Agama.

Saya jumpa ramai orang bekerja macam anda di atas, tapi saya pelik? Kenapa mereka boleh jer belajar ilmu agama, siap mampu berdakwah lagi.. 

Contoh famous: Prof Madya Dr Harlina Siraj, Prof Dr Muhaya….diorang tu kan doktor dan berkerluarga lagi (sibuk kot!!!) tapi boleh jer belajar ilmu Agama.

Hidup jangan terlalu banyak cipta alasan takut2 mati esok tak dah alasan nak bg kat Allah nanti, bila DIA tanya kenapa kita tak menunutut ilmu Agama?

Hentikan ALASAN cubalah cari ruang untuk menuntut ilmu Agama selagi diberi kesempatan. Apabila kita berusaha bersungguh2 untuk menuntut ilmu Agama, In Syaa Allah...Allah akan mempermudahkan urusan kita.



INGATLAH

Mati tak mengenal usia kita muda ker tua, bila sampai masanya, pasti mati itu akan menjemput kita. Waktu itu, sama ada amalan baik kita dah mencukupi atau tidak? malaikat maut pasti akan datang (on time) mencabut nyawa kita. Ketika itu, penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Saya mohon pada rakan-rakan dan adik-adik di luar sana, di waktu usia yang muda inilah kita digalakkan menuntut ilmu Agama, kerana ilmu itu akan membantu kita untuk meraih segala pahala yang telah Allah janjikan kepada kita. Tanpa ilmu macam mana kita nak beribadah kepadanya? 

Telah bersabda Rasulullah SAW :

“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim” (HR. Ibnu Majah,
BaihaQi, dll) 

Hadits Shahih ini menjelaskan dengan tegas kewajiban menuntut ilmu bagi setiap muslim yang telah baligh. Ilmu yang dimaksud disini ialah ilmu din (ilmu Agama), ilmu-ilmu Agama yang wajib dituntut oleh setiap muslim yaitu ilmu aqidah, ibadah, pengetahuan tentang halal dan haram, akhlak dan hal-hal yang berkaitan dengan apa saja yang dia kerjakan di dunia ini. 

Ilmu inilah yang diminta oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam do’anya.: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah No. 3843).

KESAN HIDUP TANPA ILMU AGAMA

Hari ini, ramai orang Islam mencipta nama sebagai pakar

 dalam bidang masing2 antaranya doktor, jurutera,

 juruterbang, akauntan, arkitek, guru dll. Tapi sayang,

 mereka hanya hebat sebagai seorang profesional yang

 disegani oleh orang ramai tapi mereka sangat lemah dalam

 ilmu Agama.  Disebabkan kelemahan ini, mereka sanggup

 menjadi doktor yang tamakkan duit, menjadi guru sekadar

 melepaskan batuk di tangga, jurutera yang hanya hebat

 mencipta benda yang baru tanpa memikirkan kesannya

 kepada manusia, akauntan yang pecah amanah dan 

sebagainya. Nilai-nilai Agama yang tidak wujud dalam diri 

mereka menyebabkan mereka bertindak sedemekian rupa. 


Adakah ini yang kita mahukan dalam hidup kita? 


Hanya berjaya dunia tetapi akhirat kita tinggalkan. Tepuk 

dada tanyalah iman
.
Tak salah belajar ilmu dunia tapi ilmu Agama perlu menjadi

 yang utama di dalam diri agar kita mampu menjadi

 hambaNYA yang terbaik (mukmin yang sejati) di dunia dan 

di akhirat.


PESANAN 



Jangan malu untuk menuntut ilmu, saya akui saya tak pernah malu untuk belajar ilmu Agama biarpun usia saya lewat 20-an. Kalau saya malu, saya akan terus sesat. Biar saya malu sekarang jangan saya malu bila menghadap Pencipta saya nanti (Allah S.W.T).

Hadith Riwayat Ahmad :

“Sesungguhnya Allah S.W.T berikan dunia kepada sesiapa

yang DIA suka dan kepada sesiapa yang DIA tak suka, akan

tetapi Allah akan hanya bagi Agama (ISLAM) kepada hamba

 yang DIA cintai sahaja.”


Semoga kita tergolong di dalam hamba-hamba yang dicintai

 oleh Allah S.W.T. Aaamiiin.

NOTA : Carilah ilmu Agama yang benar (mengikut Al-Quran & As-Sunnah) kerana sekarang banyak sangat fahaman yang merosakkan aqidah umat Islam (syiah, wahabi, liberalisme, pluralisme dll).

~~~ CARILAH ILMU DAN LAKUKAN SEGALA-

GALANYA KERANA ALLAH S.W.T, DARIPADA ITU

 KITA AKAN MERASA MANISNYA IMAN ~~~

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...