Selasa, 27 November 2012

18 Tips & Cara Mendidik Anak Mengerjakan Solat




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hampir 2 bulan tiada entri baru  di  blog nie...Bukan malas nag menulis tapi tiada ilmu yang ingin dikongsikan bersama..
Tapi tadi, bila tengok artikel yang dikutip ketika zaman belajar dulu2... terasa nak kongsikan ilmu nie dengan anda semua di luar sana...
Saya rasa kebanyakan rakan-rakan yang sebaya saya di luar sana telah pun berumahtangga dan mempunyai anak bukan...
Mesti ramai yang sekarang ni sibuk menguruskan keluarga..tambahan pula sekarang anak-anak kita sedang cuti sekolah...Banyak aktiviti yang dirancang bagi memanfaatkan cuti sekolah ini..
Ada yang pergi bercuti, balik kampung dan ada juga yang mengikuti kem2 yang telah disediakan oleh pelbagai pihak...
Apa pun rancangan anda untuk anak anda, pastikan rancangan itu mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada anak-anak anda...

Selalu kita dengar budak 4 dan 5 tahun sering diajar untuk berpuasa apabila tiba bulan Ramadan..Kadang2 kagum juga saya dengan usaha sesetengah ibu bapa dalam mendidik anak-anak dalam berpuasa...
Tapi kita jarang mendengar ibu bapa menitikberatkan  bab solat kepada anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun..
Saya pernah menjadi guru tadika, dah saya dapati ibu bapa sekarang lebih memfokuskan anak-anak mereka kepada akademik semata-mata, kurang menumpukan sahsiah dan rohani anak-anak.
Diorang berpendapat anak-anak perlu cerdik dalam akademik kerana pada masa akan datang cabaran untuk mendapatkan pekerjaan memerlukan persaingan yang hebat..
So, akademik yang menjadi keutamaan ibu bapa hari ini..
Tak dinafikan kecermelangan akademik memang penting untuk bersaing hebat di abad ini, namun begitu sahsiah dan rohani juga perlulah ditekankan agar anak-anak mampu menjadi anak yang berjaya dalam kedua-dua aspek ini.. agar apabila mereka menjadi doktor kelak, menjadi doktor yang beriman, menjadi guru yang bertanggungjawab, menjadi jurutera yang mampu menilai baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan.
Apa pun pilihan kerjaya anak kita jadi kelak, sekiranya kita mampu mendidik mereka mengikut acuan yang telah diterapkan oleh Islam, In Syaa Allah...mereka akan menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Saya merayu kepada ibu bapa di luar sana, tolonglah didik anak-anak mengenal solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama dan solat yang betul dan tartil dapat menghindar diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T..
Apabila kita di padang mashyar kelak, perkara yang mula-mula dihitung oleh Allah S.W.T ialah solat...di sini telah membuktikan bahawa solat merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kita...
Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips dan cara dalam mendidik anak-anak mengerjakan solat... semoga tips ini membantu kita dalam mendidik anak-anak melakukan solat dengan betul dan ikhlas melakukannya kerana ALLAh S.W.T...

18 Tips & Cara Mendidik Anak Mengerjakan Solat
1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.
2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.
3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal.
4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu’. Begitu juga lafaz niat.
5. Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.
6. Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.
7. Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku’, sujud dan lain-lain.
8. Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta, minta anak baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.
9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang.
10. Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan masa di rumah.
11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Bermacam ragam mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah menghadapinya.
12. Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.
13. Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan, belajar, buat kerja rumah dan solat.
14. Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi nasihat anak agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dia lakukan.
15. 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.
16. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana. Semasa dalam perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.
17. Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. “Practice Makes Perfect”.
18. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat, tapi kita seronok dan leka menonton TV atau melayari Internet.


Di harap tips2 diatas mampu membantu anda di luar sana untuk mendidik anak-anak dalam menyempurnakan solat mereka..




NOTA : Saya sebenarnya kagum dengan kakak saya dalam mendidik anak-anaknya melakukan ibadah solat, seawal usia 3 tahun setengah.. mereka telah di ajar berwudhuk dan bersolat mengikut kakak saya. Untuk membuat mereka lebih dekat dengan solat, kakak saya telah membawa mereka ke masjid dan solat secara berjemaah.. Mula-mula, hasilnya kurang menampakkan kejayaan..Tapi hari ini..Alhamdulillah mereka dah tahu bahawa solat itu adalah tanggungjawab diri masing-masing. Ke mana jua mereka pergi, telekung menjadi keutamaan dan menjadi  barang wajib yang perlu di bawa ke mana-mana sahaja..

In Syaa Allah, saya juga akan menggunakan pendekatan ini dalam mendidik anak-anak saya kelak...

Wassalam...


52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...