Khamis, 28 Disember 2017

Impian yang masih lagi belum terlaksana???

Assalamu'alaikum w.b.t....

Mudahnya menyemai impian tp sukar utk melaksanakannya....salah satu impian yang masih belum terlaksana ialah nak travel around the world ALONE. Sekali jer berjaya melakukan perjalanan yang agak jauh secara SOLO iaitu dari PENANG ke KUALA LUMPUR, itupun nak pergi melapor diri di HQ tempat bekerja sekarang (cuak juga time tu, first time nak flight & ERL, semua explore sendiri..rasa macam berdikari sungguh)...hahahahaha Lawakkan!!!

Bagi korang mesti cakap..alah, adik aku darjah enam pun boleh buat la???..tp bg insan bernama AIN, itu adalah moment yang paling best utk dikenang. Saya x berpeluang seperti korang, semua benda mak & ayah tentukan..nak belajar jauh x boleh..akhirnya dari mula belajar sampai masuk universiti (alhamdulillah..course kat IPT diorang x masuk campur..kalo x, mesti saya jd mayat hidup pergi kuliah..huhuhu) pun dalam negeri kelahiran..sekarang pun bekerja di tempat kelahiran juga.

Tapi itu bukan penghalang untuk saya pasang impian nak travel seorang diri. In sya Allah, tahun depan (2018) saya akan buat apa yang saya nak..siapa pun x boleh halang (even mak)..huhuhu
Mak saya ni terlebih protective, semua benda x boleh, rasa saya macam umur 4-5 tahun jerrr sedangkan dah umur 32 tahun (sabor je lah.. hahahaha) 

Teringin nak further study kat oversea lepas habis diploma dulu.. tp CONFIRM mak x bg..hahaha

Mak dengan tegasnya pernah berkata "Mak tak kisah hang nak pi mana? jauh mana? lama mana? kalo hang dah KAHWIN.. tertelan air liur time tu dengar  perkataan KAHWIN. Itulah ayat keramat mak bila mana persoalan kenapa mak selalu halang semua benda saya nak buat.

"Mak, kahwin tu senang tapi nak cari pasangan hidup tu yang susah" berani cakap dalam hati jer la, x pernah terluah di depan Mak..huhuhu
AIN.. nak wat macam mana, terimalah dengan redha mak hang memang camtu..hihihi

So, next year mulalah buat saving utk travel yerr AIN, mak bagi ke tidak itu belakang kira (TRAVEL dalam MALAYSIA pun ok). Try penuhi impian anda, hidup hanya sekali... penuhi kehidupan ini dengan perkara yang bermanfaat.



 Bagi saya, melalui pengembaraan menjelajah bumi ALLAh inilah baru kita akan merasa betapa kerdilnya diri kita ini jika nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAh S.W.T.

Untuk merealisasikan impian awak tu AIN, apa kata cari calon suami dulu??? in sya Allah.. mak hang dengan rela hati lepaskan hang pergi kemana jua hang suka..huhuhu
Make sure your future HUSBAND have a dream like you..LOVE TO TRAVEL..hahaha
(pray for this...hihihi)

Kesimpulannya, jangan sesekali merasa putus asa untuk melakukan apa yang kita suka walaupun banyak halangan di hadapannya kerana hidup hanya sekali, manfaatkannya sehabis baik.

Semoga ALLAH S.W.T memakbulkan impian saya ini. Aaaamiiin.

ADIOS..

WASSALAM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...