Jumaat, 29 Disember 2017

Berkebun

Assalamu'alaikum w.b.t...

Salam Jumaat..

Pejam celik..pejam celik, dah hampir seminggu saya bercuti. Bercuti daripada memikirkan kerja di pejabat. Benarlah kata orang, bila dah menempuh alam pekerjaan...suka atau tak kita mesti bertanggungjawab dengan pekerjaan yang kita pilih tu. (Bulan Mei tahun depan genaplah 3 tahun saya bekerja di architect firm tersebut). Terasa cepat betul masa berlalu.. Niat dihati nak bertukar kerjaya dalam bidang kejuruteraan semula.. peluang tu ada, cuma perlu kuatkan semangat untuk mengharunginya. Hari tu boss ada offer, kalo nak kerja bidang tu bagi tahu dia..in sya Allah, dia boleh tolong. (Macam best jer, cuma perlu tambahkan ilmu untuk memantapkan diri dalam bidang kejuruteraan..huhuhu)

Bestnya cuti kali...dah la cuti selama 10 hari, pastu boleh buat aktiviti yang saya suka..gembira sangat hati ini bila dapat buat benda yang saya SUKA..hehehe.

Dalam tempoh sepuluh hari ni, saya dah create sebuah mini kebun belakang rumah saya. Bermula dengan beli biji benih, tanah hitam, cocopeat, polibag dan bersihkan pasu2 yang sedia ada, semua tu saya lakukan sendiri (Anak buah pun tolong sama, kalo x.. jenuh jugalah saya nak keluarkan tanah yang dah keras dalam pasu tu..huhuhu). Terima kasih juga kepada emak yang menjadi advisor kepada saya untuk merangka landskap mini kebun saya tu. Alhamdulillah, berkat ilmu yang kawan2 share di FB & internet, membuatkan saya teruja untuk berkebun dan bercucuk tanam (matlamat sebenar hanyalah untuk menjimatkan kos sara hidup, alih-alih menjadi minat untuk berbudi kepada tanah la plak..huhuhu)

Banyak juga yang saya explore dalam berkebun ni, dari kaedah menanam, cara nak mencambahkan biji benih sehinggalah proses untuk menanam. Semua itu, menjadikan saya lebih teruja untuk mengaplikasikannya di kawasan mini kebun saya ini...sehinggakan kakak saya terkejut melihatkan kaedah yang saya gunakan & jumlah jenis sayuran & pokok yang saya tanam. Keterujaan saya itu, menyebabkan saya tidak sedar yang hampir 20 jenis pokok & sayuran saya telah tanam di mini kebun saya tu..hehehehe.

Antara sayuran & pokok yang saya tanam addalah:-

1. Sawi
2. Terung
3. Kucai
4. Cili padi
5. Cili Kulai
6. Kangkung
7. Petola
8. Ulam Raja
9. Tomato
10. Tembikai Kuning
10. Labu
11. Kacang Botor
12. Keledek Ungu
13. Kunyit
14. Halia
15. Serai
16. Bendi
17. Pisang
18. Pucuk Kaduk
19. Lidah Buaya
20. Daun Kesum
21. Bayam
22. Pegaga
23. Daun Pudina
24. Kobis
25. Ubi Kayu

Melihatkan senarai tanaman yang saya tanam..macam nak berniaga pun ya juga kan?? huhuhu. Tapi semua itu adalah untuk kegunaan harian sahaja... kalo ada lebih, boleh disedekahkan kepada jiran2 nanti. Itu usaha saya dalam menangani beban kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ni.

Sebenar ruang belakang rumah saya tu, tidaklah besar, tapi setelah dibersihkan...Alhamdulillah, dapat memuatkan hampir 100 biji pasu atau polibag yang bersaiz sederhana. Pokok pangkalnya, kita kena kuat semangat & bersungguh-sungguh untuk menjayakan apa yang kita idamkan.

Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini agar mini kebun saya mampu jadi seperti ini 


Imej: Google

Mini kebun saya bukan dilindungi dengan jaring hitam seperti gambar di atas tapi sebaliknya dilindungi dengan pokok rambutan dan juga mempelam..hahahaha.


Apapun yang kita lakukan perlu ada disiplin & azam yang kuat..supaya apa yang kita ingini itu dapat diterjemahkan menjadi realiti. 

Dah mengantuk sangat ni.. JOM TIDUR. OK BYE!!!

ADIOS

WASSALAM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...