Selasa, 28 November 2017

In The End 2017

Assalamu'alaikum buat teman2 tersayang... 

Syukur Alhamdulillah..

Masih lagi dipinjamkan nyawa oleh ALLAH S.W.T untuk meneruskan hidup dibumiNYA ini, meneruskan usaha DAKWAH walaupun tidak sehebat dulu, kekangan waktu, kerjaya dan keluarga membataskan pergerakan dakwaah insan kerdil ini. 

Misi dakwah itu LUAS, meskipun tidak mampu melibatkan diri dengan program2 dakwah..ianya tidak membataskan niat aku untuk terus berdakwah. Di mata manusia, ianya nampak dalam tidak nampak, hanya ALLAH yang tahu apa aku lakukan. Biar ianya kecil di mata manusia, tetapi besar bagi pandanganNYA...itu sudah memadai bagi aku yang masih hijau dalam MISI dakwah ini. HIDUP itu sendiri bisa menjadi dakwah bagi mereka di persekitaran kita.

Pantas waktu berlalu meninggalkan jauh kenangan lalu, sehinggakan kita tidak sedar usia kian meningkat tua. Sisa hari yang berlalu hanyalah bisa dijadikan memori dan pengalaman kepada kita untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Aku mohon semoga ALLAH temukan aku dengan mereka2 yang POSITIF figuranya agar aku terus POSITIF di dalam melayari bahtera hidup ini. Tidak mudah menjadi insan bernama NOOR AIN, kekadang bisa menjadi KUAT... bisa juga menjadi LEMAH...sering KELIRU dengan personaliti diri.. tetapi satu yang masih utuh dalam diri ini iaitu harus MENJADI lebih BAIK dari SEMALAM dan terus berusaha mencapai CITA2. Pegangan ini menjadikan aku tidak mudah berputus asa.


Apa pun cabaran yang mendatang... akan aku CUBA tidak menyerah KALAH. Lagu yang sentiasa memotivasikan aku..D'MASSIV - JANGAN MENYERAH


From You Tube

BAIT2 lirik ini menjadikan aku LEBIH KUAT daripada mereka yang sentiasa NEGATIF disekeliling aku. Diharap teman2 juga bisa terinspirasi bila mendengarkan lagu ini. ALLAH itu sentiasa memberi yang TERBAIK untuk kita semua...yang penting kita harus SABAR dan YAKIN.. kerana setiap yang berlaku dalam hidup kita itu sebenarnya ada HIKMAH yang tersembunyi.

JANGAN PERNAH MERAGUI ALLAH S.W.T..

Sentiasa berdoa agar ALLAH sentiasa merahmati kita semua tidak kira di mana jua kita berada... dengan rahmatNYA sahaja hidup kita menjadi lebih tenang dan aman.

SENYUMLAH ..kerana dengan SATU SENYUMAN mampu menjadi UBAT kepada mereka yang 
BERSEDIH. ☺

ADIOS...

WASSALAM...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...