Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh....
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK....
Hari ini terasa nak kongsi cikit tentang idola saya ... Melalui mereka inilah saya banyak berfikir dan terus berfikir bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Mereka ini membuatkan saya tersedar yang kesibukan bukan penghalang kita untuk terus belajar menjadi orang yang baik dan berdakwah..Insyaallah.
Prof Madya Dr.Umi Kalthum Ngah merupakan lecturer pencetus semangat untuk saya berjinak2 di dalam dunia penulisan...Mungkin saya belum lagi terbit dengan karya saya...Insyaallah, satu hari nanti saya akan pastikan saya mampu menerbitkan karya saya dan sekaligus karya tersebut dapat mengajak orang ramai di luar sana untuk melakukan kebaikan dan terus berdakwah memperjuangkan Agama ISLAM.
Tentang Lecturerku...
Seronok baca pengalaman lecturer saya dalam majalah JOM!! macam mana dia mendapat hidayah Allah S.W.T di bumi asing ketika dia mula menuntut di sana. Walaupun dia bukan lecturer kelas saya, tetapi pengalaman berpeluang bersembang dengannya secara lebih dekat ketika mengadakan satu aktiviti dulu membuatkan saya terpesona dengan akhlaknya. Satu yang saya kagum dengannya ialah dia x pernah sombong dengan pangkat yang dia ada bahkan dia sangat la low profile dan tetap dengan gaya muslimahnya yang sopan dan manis walaupun dia telah berusia....
Kata2nya yang memberi semangat kepada saya dan rakan2 dulu masih lagi tergiang2 di telinga saya.. Dia pernah menggalakkan saya dan rakan2 untuk menceburi bidang penulisan kerana dia berpendapat bahawa melalui penulisan kita akan dapat menarik lebih ramai orang untuk melakukan kebaikan bergantung kepada gaya penulisan kita. Tetapi ketika itu saya beranggapan budak engineering mana sesuai untuk menjadi penulis..huhuhu...
Dalam kesibukannya mengajar masih lagi sempat dia menulis beberapa buah buku yang dapat memotivasikan ramai pelajar di luar sana..Di situ telah menampakkan dia seorang yang sanggup berjuang demi dakwahnya...Semoga penulisannya mampu menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk berubah ke arah kebaikan.
X sabar rasanya nak menunggu kisah selanjutnya tentang perubahannya di keluaran JOM akan datang...
*INSYAALLAH, saya akan jadikan beliau sebagai idola saya di dalam bidang penulisan... Almaklumlah baru berjinak2 di dalam dunia penulisan, semoga penulisan saya kelak dapat menarik ramai orang di luar sana untuk melakukan kebaikan ...Amiin
Wardina Saffiyah & Fatimah Syahra...
Siapa yang tak kenal mereka... kedua2nya hebat di dalam kehidupan masing2. Tak salah kiranya saya menjadikan mereka sebagai idola saya dalam melayari kehidupan ini... Itu lebih baik daripada menjadikan penyanyi dan pelakon sebagai idola kita, x gitu..huhu.
Untuk menjadi muslimah yang terbaik, kita perlu ada idola kita sendiri... mungkin untuk menjadi 100% seperti mereka adalah sukar bagi saya.. tetapi Insyaallah yang mana baik daripada mereka, saya akan cuba jadikan contoh untuk saya...
Wardina Saffiyah adalah contoh wanita yang serba boleh kerana daripada kurang pengetahuan agama beliau mampu menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah melalui usahanya yang gigih dalam menuntut ilmu Allah...
Beliau juga seorang isteri, ibu, pelajar dan motivator yang mampu membahagikan masa sebaik mungkin dalam menjalani hidup ini... Semangat beliau yang kuat itu telah mendorong saya untuk mencontohi segala tindak tanduknya itu... Kagum dengan prinsip yang dipegangnya, walaupun di hina dan dikeji beliau masih mampu melontarkan pendapat bernasnya...
Yang membuatkan saya rasa Wardina Saffiyah ini sangat istimewa ialah cara beliau mendidik anak2nya...Penuh dgn kesabaran beliau melayani kerenah anak2nya. Insyaallah, suatu hari nanti saya juga bakal menjadi seorang ibu...Saya akan cuba menerapkan nilai2 yang baik seperti beliau lakukan kepada anak2nya...
Ya Allah Ya Tuhanku jadikan aku kuat sepertinya dalam menjalani hidup ini...
Fatimah Syahra.. Saya mula mengenalinya ketika saya baca novel pertamanya TAUTAN HATI..Subhanallah, begitu indah setiap inti pati novelnya..X sangka seorang wanita di luarnya lembut tapi mampu membuatkan setiap hati yang membacanya tersentuh dengan gaya penulisannya.
Melalui penulisannya, beliau mampu berdakwah kepada kita...Melalui buku ini kita dapat tahu bagaimana caranya memilih pasangan hidup dan yang paling penting ialah kita x perlu bercinta cintun bagai nak rak kerana jodoh pertemuan telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T..
Apa yang perlu kita lakukan ialah tanamkan rasa cinta kita yang menggunung terhadap Allah S.W.T, berubah menjadi lebih baik dan berdoa dipertemukan insan yang dapat membimbing kita hingga ke syurga.. Insyaallah Allah akan perkenankan apa yang kita hajati...Amiin..
Kisahnya hidup juga menjadi pemangkin kepada saya untuk menjadikan beliau salah seorang daripada idola saya...Rasa yakin yang kuat olehnya terhadap jodoh yang ditentukan oleh Allah telah menemukan beliau dengan pasangan hidup yang terbaik untuknya iaitu Dr Farhan Hadi..Tanpa perlu mengenali hati budi semasa bercinta mereka dipertemukan mengikut syariat yang telah ditetapkan...Alhamdulillah mereka bahagia melayari bahtera mereka hingga sekarang...
Alhamdulillah..syukur kepada kepada Ya Rabb kerana melindungi saya daripada dunia percintaan dua insan yang bukan halal di sisi syarak.....Kemunculan beliau membuatkan saya lebih yakin dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T.. untuk mendapatkan jodoh yang terbaik kita perlu menjadi yang terbaik...Insyaallah
Pesananku..
Untuk berdakwah sebenarnya kita ada banyak caranya.. mungkin kita tidak boleh berdakwah secara USTAZ & USTAZAH tetapi kita mampu berdakwah mengikut medium yang sesuai dengan kita... Zaman skrg sudah canggih..utk berdakwah jer kita ada medium yang lebih luas iaitu FB, TWITTER, Blog dan pelbagai lagi...Tetapi pastikan apa yang kita tulis itu sahih dan benar...
Tak salah menjadi mereka ini idola kita asalkan kita tidak taksub dengan mereka sudah la... Yang mana baik mereka lakukan kita cuba contohinya tetapi yang mana tidak baik tu kita jadikan sempadan hidup kita...
Insyaallah,.... hidup kita akan lebih bahagia apabila menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup kita...
Sebenarnya wanita yang paling baik untuk dicontohi ialah SRI KANDI ISLAM seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Asma, Asiah, Siti Maryam, Rabiatul 'Adawiyah dan ramai lagi....
Untuk menjadi seperti mereka saya rasa tidak mampu kerana tahap keimanan mereka terhadap Allah S.W.T jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan saya yang masih lagi teraba2 mencari ilmu Allah ini... Namun begitu, kita perlu mencontohi mereka sedaya upaya yang kita mampu kerana meraka ini adalah insan2 yang telah Allah janjikan SYURGA bagi mereka...
Sebelum mengakhiri tulisan hari ini... saya mohon daripada kalian semua untuk mendoakan saya berjaya melepasi temuduga kerja yang bakal saya tempohi 7/8/2012 ni ..Doa2 orang yang puasa ni ..Insyaallah Allah S.W.T akan makbulkan..Amiin
Buat Family tersayang doakan kejayaan saya di dunia mahupun akhirat yer...
Sekian..Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan