Selasa, 27 November 2012

18 Tips & Cara Mendidik Anak Mengerjakan Solat




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hampir 2 bulan tiada entri baru  di  blog nie...Bukan malas nag menulis tapi tiada ilmu yang ingin dikongsikan bersama..
Tapi tadi, bila tengok artikel yang dikutip ketika zaman belajar dulu2... terasa nak kongsikan ilmu nie dengan anda semua di luar sana...
Saya rasa kebanyakan rakan-rakan yang sebaya saya di luar sana telah pun berumahtangga dan mempunyai anak bukan...
Mesti ramai yang sekarang ni sibuk menguruskan keluarga..tambahan pula sekarang anak-anak kita sedang cuti sekolah...Banyak aktiviti yang dirancang bagi memanfaatkan cuti sekolah ini..
Ada yang pergi bercuti, balik kampung dan ada juga yang mengikuti kem2 yang telah disediakan oleh pelbagai pihak...
Apa pun rancangan anda untuk anak anda, pastikan rancangan itu mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada anak-anak anda...

Selalu kita dengar budak 4 dan 5 tahun sering diajar untuk berpuasa apabila tiba bulan Ramadan..Kadang2 kagum juga saya dengan usaha sesetengah ibu bapa dalam mendidik anak-anak dalam berpuasa...
Tapi kita jarang mendengar ibu bapa menitikberatkan  bab solat kepada anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun..
Saya pernah menjadi guru tadika, dah saya dapati ibu bapa sekarang lebih memfokuskan anak-anak mereka kepada akademik semata-mata, kurang menumpukan sahsiah dan rohani anak-anak.
Diorang berpendapat anak-anak perlu cerdik dalam akademik kerana pada masa akan datang cabaran untuk mendapatkan pekerjaan memerlukan persaingan yang hebat..
So, akademik yang menjadi keutamaan ibu bapa hari ini..
Tak dinafikan kecermelangan akademik memang penting untuk bersaing hebat di abad ini, namun begitu sahsiah dan rohani juga perlulah ditekankan agar anak-anak mampu menjadi anak yang berjaya dalam kedua-dua aspek ini.. agar apabila mereka menjadi doktor kelak, menjadi doktor yang beriman, menjadi guru yang bertanggungjawab, menjadi jurutera yang mampu menilai baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan.
Apa pun pilihan kerjaya anak kita jadi kelak, sekiranya kita mampu mendidik mereka mengikut acuan yang telah diterapkan oleh Islam, In Syaa Allah...mereka akan menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Saya merayu kepada ibu bapa di luar sana, tolonglah didik anak-anak mengenal solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama dan solat yang betul dan tartil dapat menghindar diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T..
Apabila kita di padang mashyar kelak, perkara yang mula-mula dihitung oleh Allah S.W.T ialah solat...di sini telah membuktikan bahawa solat merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kita...
Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips dan cara dalam mendidik anak-anak mengerjakan solat... semoga tips ini membantu kita dalam mendidik anak-anak melakukan solat dengan betul dan ikhlas melakukannya kerana ALLAh S.W.T...

18 Tips & Cara Mendidik Anak Mengerjakan Solat
1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.
2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.
3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal.
4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu’. Begitu juga lafaz niat.
5. Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.
6. Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.
7. Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku’, sujud dan lain-lain.
8. Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta, minta anak baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.
9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang.
10. Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan masa di rumah.
11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Bermacam ragam mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah menghadapinya.
12. Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.
13. Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan, belajar, buat kerja rumah dan solat.
14. Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi nasihat anak agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dia lakukan.
15. 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.
16. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana. Semasa dalam perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.
17. Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. “Practice Makes Perfect”.
18. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat, tapi kita seronok dan leka menonton TV atau melayari Internet.


Di harap tips2 diatas mampu membantu anda di luar sana untuk mendidik anak-anak dalam menyempurnakan solat mereka..




NOTA : Saya sebenarnya kagum dengan kakak saya dalam mendidik anak-anaknya melakukan ibadah solat, seawal usia 3 tahun setengah.. mereka telah di ajar berwudhuk dan bersolat mengikut kakak saya. Untuk membuat mereka lebih dekat dengan solat, kakak saya telah membawa mereka ke masjid dan solat secara berjemaah.. Mula-mula, hasilnya kurang menampakkan kejayaan..Tapi hari ini..Alhamdulillah mereka dah tahu bahawa solat itu adalah tanggungjawab diri masing-masing. Ke mana jua mereka pergi, telekung menjadi keutamaan dan menjadi  barang wajib yang perlu di bawa ke mana-mana sahaja..

In Syaa Allah, saya juga akan menggunakan pendekatan ini dalam mendidik anak-anak saya kelak...

Wassalam...


Rabu, 12 September 2012

Kelebihan berada di majlis ilmu....

Assalamul'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang kepada saya untuk lebih mendekatiNYA..

Terkadang rasa diri ini begitu hina sekali.. apabila kita gembira kita lupa DIA tetapi bila kita berada di dalam kesulitan kita terus mencariNYA dan berharap DIA dapat membantu kita mengatasi setiap masalah yang kita hadapi...

Saya akui saya pun begitu.. iman yang berada dihati ini belum cukup kukuh untuk menepis segala godaan syaitan yang tidak pernah lelah untuk menghasutk kita untuk melakukan kesilapan..

Tetapi itu bukanlah alasan buat saya untuk terus lemah dan tak perlu berbuat apa untuk menambahbaik iman di hati ini..

Sejak balik duduk dengan mak nie.. saya diuji dengan pelbagai masalah yang terkadang saya rasa macam nak pecah otak untuk memikirkannya...

Tetapi hati saya kembali tenang, dan segala masalah yang saya hadapi dapat diatasi dengan cara yang terbaik..
Itulah penangan majlis ilmu yang sering saya hadiri sepanjang minggu ini...

Buat mereka yang rasa x tenteram atau dihujani dengan pelbagai masalah, cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah..
Selalu melakukan solat 5 waktu, membaca Al-Quran, bersedekah dan menghadiri majlis ilmu...Insyaallah hati kita akan menjadi tenang..

Kebaikan ketika berada di majlis ilmu

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)



P/S : Walau sesibuk mana pun kita mengejar kehidupan dunia, jangan sesekali kita melupakan akhirat kerana kenikmatan hidup di dunia hanyalah sementara tetapi akhiratlah yang kekal abadi...
Oleh itu, hadiri majlis ilmu...InsyaAllah dengan ilmu itu kelak yang akan menuju jalan yang diredhai olehNYA...Aaamiiii.

Sekian..Wassalam.


Selasa, 11 September 2012

Rindu itu adalah satu anugerah...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rindu....biarlah pada orang yang selayaknya menerima rindu kita..

Rindu kepada Allah S.W.T, Rasulullah s.a.w, Ibu Bapa, keluarga, rakan2 ( kalo yang pompuan biarlah rindu gan pompuan jer, gan plak rindu berlainan jantina plak)..Yang dah kawen dah tentu rindu kat suami gan anak2 kan...

Biarlah rindu kita pada orang yang sepatutnya kita rindu...

Tiba2 ari ni ...ada orang rindu kat saya sampai terbawa2 dalam mimpi dia..
Rasa macam dihargai plak..ada orang rindukan saya sebegitu sekali...

Jangan fikir yang bukan2 plak..
Orang yang rindu saya tu adalah anak murid saya, masa jadi cikgu tadika dulu...

Saya pun rindu jgak kat dia... masa berhenti dulu, dia cuti panjang coz mak dia nak bersalin...
So, kami x berjumpa masa saya resigned dulu...

Dapat msg kawan td, kawan saya cakap.. mak dia ty pasal saya coz anaknya asyik mengigau sebut nama saya masa tido...Rasa terharu sangat sebab ADAM KHALISH rindu saya sampai macam tu sekali, walaupun 5 bulan jer saya mengajar dia.

Sungguh pengalaman menjadi guru tadika membuatkan saya lebih faham karenah kanak2..dan lebih menghargai kanak-kanak sebagai satu anugerah yang tak terhingga daripadaNYA.
Sebenarnya rindu jgak nak jadi guru tadika kembali, tp bukan rezeki saya dalam bidang tersebut..membuatkan saya terpaksa melupakan rindu itu..huhuhu

ADAM KHALISH....cikgu pun rindu kat kamu jugak....

Cikgu doakan ADAM KHALISH dan anak2 murid cikgu yang lain2 sentiasa berada di bawah RAHMATNYA dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia mahupun akhirat.

InsyaAllah, kalo ada rezeki cikgu akan gi melawat korang semua...

Walau tiada gambar yang menjadi kenangan kita semua...InsyaAllah, wajah kalian semua akan sentiasa terlukis indah disanubari cikgu selalu.


Sekian, Wassalam....

Sabtu, 21 Julai 2012

MEREKA ADALAH IDOLAKU.....

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh....

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK....

Hari ini terasa nak kongsi cikit tentang idola saya ... Melalui mereka inilah saya banyak berfikir dan terus berfikir bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Mereka ini membuatkan saya tersedar yang kesibukan bukan penghalang kita untuk terus belajar menjadi orang yang baik dan berdakwah..Insyaallah.

Prof Madya Dr.Umi Kalthum Ngah merupakan lecturer pencetus semangat untuk saya berjinak2 di dalam dunia penulisan...Mungkin saya belum lagi terbit dengan karya saya...Insyaallah, satu hari nanti saya akan pastikan saya mampu menerbitkan karya saya dan sekaligus karya tersebut dapat mengajak orang ramai  di luar sana untuk melakukan kebaikan dan terus berdakwah memperjuangkan Agama ISLAM.

Tentang Lecturerku...

Seronok baca pengalaman lecturer saya dalam majalah JOM!! macam mana dia mendapat hidayah Allah S.W.T di bumi asing ketika dia mula menuntut di sana. Walaupun dia bukan lecturer kelas saya, tetapi pengalaman berpeluang bersembang dengannya secara lebih dekat ketika mengadakan satu aktiviti dulu membuatkan saya terpesona dengan akhlaknya. Satu yang saya kagum dengannya ialah dia x pernah sombong dengan pangkat yang dia ada bahkan dia sangat la low profile  dan tetap dengan gaya muslimahnya yang sopan dan manis walaupun dia telah berusia....

Kata2nya yang memberi semangat kepada saya dan rakan2 dulu masih lagi tergiang2 di telinga saya.. Dia pernah menggalakkan saya dan rakan2 untuk menceburi bidang penulisan kerana dia berpendapat bahawa melalui penulisan kita akan dapat menarik lebih ramai orang untuk melakukan kebaikan bergantung kepada gaya penulisan kita. Tetapi ketika itu saya beranggapan budak engineering mana sesuai untuk menjadi penulis..huhuhu...

Dalam kesibukannya mengajar masih lagi sempat dia menulis beberapa buah buku yang dapat memotivasikan ramai pelajar di luar sana..Di situ telah menampakkan dia seorang yang sanggup berjuang demi dakwahnya...Semoga penulisannya mampu menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk berubah ke arah kebaikan.


X sabar rasanya nak menunggu kisah selanjutnya tentang perubahannya di keluaran JOM akan datang...



*INSYAALLAH, saya akan jadikan beliau sebagai idola saya di dalam bidang penulisan... Almaklumlah baru berjinak2 di dalam dunia penulisan, semoga penulisan saya kelak dapat menarik ramai orang di luar sana untuk melakukan kebaikan ...Amiin


Wardina Saffiyah & Fatimah Syahra...

Siapa yang tak kenal mereka... kedua2nya hebat di dalam kehidupan masing2. Tak salah kiranya saya menjadikan mereka sebagai idola saya dalam melayari kehidupan ini... Itu lebih baik daripada menjadikan penyanyi dan pelakon sebagai idola kita, x gitu..huhu.

Untuk menjadi muslimah yang terbaik, kita perlu ada idola kita sendiri... mungkin untuk menjadi 100% seperti mereka adalah sukar bagi saya.. tetapi Insyaallah yang mana baik daripada mereka, saya akan cuba jadikan contoh untuk saya...

Wardina Saffiyah adalah contoh wanita yang serba boleh kerana daripada kurang pengetahuan agama beliau mampu menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah melalui usahanya yang gigih dalam menuntut ilmu Allah...

Beliau juga seorang isteri, ibu, pelajar dan motivator yang mampu membahagikan masa sebaik mungkin dalam menjalani hidup ini... Semangat beliau yang kuat itu telah mendorong saya untuk mencontohi segala tindak tanduknya itu... Kagum dengan prinsip yang dipegangnya, walaupun di hina dan dikeji beliau masih mampu melontarkan pendapat bernasnya...

Yang membuatkan saya rasa Wardina Saffiyah ini sangat istimewa ialah cara beliau mendidik anak2nya...Penuh dgn kesabaran beliau melayani kerenah anak2nya. Insyaallah, suatu hari nanti saya juga bakal menjadi seorang ibu...Saya akan cuba menerapkan nilai2 yang baik seperti beliau lakukan kepada anak2nya...

Ya Allah Ya Tuhanku jadikan aku kuat sepertinya dalam menjalani hidup ini...



Fatimah Syahra.. Saya mula mengenalinya ketika saya baca novel pertamanya TAUTAN HATI..Subhanallah, begitu indah setiap inti pati novelnya..X sangka seorang wanita di luarnya lembut tapi mampu membuatkan setiap hati yang membacanya tersentuh dengan gaya penulisannya.

Melalui penulisannya, beliau mampu berdakwah kepada kita...Melalui buku ini kita dapat tahu bagaimana caranya memilih pasangan hidup dan yang paling penting ialah kita x perlu bercinta cintun bagai nak rak kerana jodoh pertemuan telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T..

Apa yang perlu kita lakukan ialah tanamkan rasa cinta kita yang menggunung terhadap Allah S.W.T, berubah menjadi lebih baik dan berdoa dipertemukan insan yang dapat membimbing kita hingga ke syurga.. Insyaallah Allah akan perkenankan apa yang kita hajati...Amiin..

Kisahnya hidup juga menjadi pemangkin kepada saya untuk menjadikan beliau salah seorang daripada idola saya...Rasa yakin yang kuat olehnya terhadap jodoh yang ditentukan oleh Allah telah menemukan beliau dengan pasangan hidup yang terbaik untuknya iaitu Dr Farhan Hadi..Tanpa perlu mengenali hati budi semasa bercinta mereka dipertemukan mengikut syariat yang telah ditetapkan...Alhamdulillah mereka bahagia melayari bahtera mereka hingga sekarang...

Alhamdulillah..syukur kepada kepada Ya Rabb kerana melindungi saya daripada dunia percintaan dua insan yang bukan halal di sisi syarak.....Kemunculan beliau membuatkan saya lebih yakin dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T.. untuk mendapatkan jodoh yang terbaik kita perlu menjadi yang terbaik...Insyaallah



Pesananku..

Untuk berdakwah sebenarnya kita ada banyak caranya.. mungkin kita tidak boleh berdakwah secara USTAZ & USTAZAH tetapi kita mampu berdakwah mengikut medium yang sesuai dengan kita... Zaman skrg sudah canggih..utk berdakwah jer kita ada medium yang lebih luas iaitu FB, TWITTER, Blog dan pelbagai lagi...Tetapi pastikan apa yang kita tulis itu sahih dan benar...

Tak salah menjadi mereka ini idola kita asalkan kita tidak taksub dengan mereka sudah la... Yang mana baik  mereka lakukan kita cuba contohinya tetapi yang mana tidak baik tu kita jadikan sempadan hidup kita...

Insyaallah,.... hidup kita akan lebih bahagia apabila menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup kita...


Sebenarnya wanita yang paling baik untuk dicontohi ialah SRI KANDI ISLAM seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Asma, Asiah, Siti Maryam, Rabiatul 'Adawiyah dan ramai lagi....

Untuk menjadi seperti mereka saya rasa tidak mampu kerana tahap keimanan mereka terhadap Allah S.W.T jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan saya yang masih lagi teraba2 mencari ilmu Allah ini... Namun begitu, kita perlu mencontohi mereka sedaya upaya yang kita mampu kerana meraka ini adalah insan2 yang telah Allah janjikan SYURGA bagi mereka...


Sebelum mengakhiri tulisan hari ini... saya mohon daripada kalian semua untuk mendoakan saya berjaya melepasi temuduga kerja yang bakal saya tempohi 7/8/2012 ni ..Doa2 orang yang puasa ni ..Insyaallah Allah S.W.T akan makbulkan..Amiin

Buat Family tersayang doakan kejayaan saya di dunia mahupun akhirat yer...

Sekian..Wassalam..




Isnin, 25 Jun 2012

Syukur Alhamdulillah....

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdulillah...Syukur di atas segala kurniaanMU. Terima kasih kerana masih lagi mengurniakan rezekiNYA yang tak terhingga kepada hambaNYA yang hina ini...

Panggilan telefon yang saya terima petang tadi mengesahkan saya bakal diterima untuk bekerja di tempat baru..Apa yang saya hajati, Alhamdulillah telah dimakbul olehNYA.

Walaupun kerja yang bakal saya pikul nanti bukan la di dalam bidang yang saya pelajari di universiti dahulu, itu bukanlah alasan untuk menolak pekerjaan tersebut. Selagi mana pekerjaan tersebut adalah halal di sisiNYA, saya anggap itu adalah rezeki yang dikurnia oleh Allah S.W.T kepada saya.

Bak kata family saya, selagi pekerjaan itu tak mendorong kita ke arah kemungkaran, bekerjalah dengan penuh keikhlasan dan timbalah ilmu sebanyak mungkin agar ianya dapat membantu kita menghadapi cabaran hidup kita pada masa akan datang.

Dalam Kegembiraan Terselit Sedikit Kesedihan

Yang sedeynya ialah terpaksa berjauhan gan mak tersayang lagi.. Baru jer 2 minggu kembali duduk gan mak kat kampung , tup tup dapat kerja baru pastu terpaksa duduk jauh gan mak.. 

Insyaallah, pas nie nak call mak tiap2 hari la. Dulu saya jarang call mak kalo duduk jauh pun (masa belajar dan kerja dulu).
Tetapi mulai saat nie, saya berjanji akan call mak selalu, biarpun x cakap panjang tetapi dengar suara mak pun jadilah..huhu (Mak saya jenis yang x suka berbual melalui telefon..hehehe)

Saya dah pernah rasa kehilangan org tersayang ( x sempat nak berbual gan arwah ayah sebelum dia menghembus nafas terakhir tetapi Alhamdulillah diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk melihat arwah ayah sebelumnya dipanggil menghadap ILAHI untuk selama-lamanya.)

Untuk mengelak perkara seperti ini berlaku lagi..Insyaallah saya akan update segala aktiviti saya kepada mak saya setiap hari bila berjauhan nanti. Sebab mak saya adalah anugerah Allah S.W.T yang tiada ternilainya buat saya..

Pesanan : 

Walau di mana jua kita berada, Ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan jangan sesekali melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNYA. Lagi satu, jangan persia2kan kepercayaan seorang mak dan family apabila kepercayaan itu telah diberikan kepada kita.
Jadilah manusia yang sentiasa disenangi oleh Allah S.W.T dan orang2 disekelilingnya.

Doakan saya dapat memikul tanggungjawab saya sebagai seorang hamba, anak, adik dan pekerja yang terbaik yer.. Saya mengharapkan doa kalian semua agar saya mampu menghadapi cabaran hidup ini..


Sekian... Wassalam

Sabtu, 28 April 2012

Manisnya Bila Berusrah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya hidayah itu hanya milikNYA dan DIA berkehendak untuk memberi kepada sesiapa saja yang dikehendakiNYA.

Alhamdulillah syukur... kerana masih diberi kesempatan untuk merasa betapa bahagianya bila kita mendapat hidayahNYA..Memang x boleh digambarkan dengan kata-kata..
Tetapi saya merasa sangat indahnya dan manisnya bila kita menerima hidayahNYA.. Sesungguhnya saya berharap Allah S.W.T akan terus memberikan hidayahNYA kepada saya hingga ke akhir hayat saya...

ZAMAN KEJAHILAN 


Bila menyingkap kembali zaman kejahilan saya dulu... Masyaallah, terasa sangat jahilnya saya tentang agama Allah ini (ISLAM)..
Saya hanya akan mendekatiNYA apabila saya dalam keadaan lemah dan susah saja, tetapi bila saya gembira dan bahagia saya lupa untuk mengucapkan syukur dan jauh sekali denganNYA.


Saya selalu mempersoalkan apa yang telah Allah S.W.T berikan kepada saya...sehinggakan saya merasakan yang Allah tak sayangkan saya...


Dari segi pergaulan di dalam keluarga pula, saya seorang yang degil, panas baran dan suka bercakap kasar apabila segala yang saya inginkan tidak berjaya saya perolehi... Saya juga akan meninggikan suara saya apabila adik beradik dan ibu bapa saya menasihati saya...
Melihatkan perkara ini terasa sedih sangat... tetapi saya tak pernah menyesal kerana bagi saya pengalaman hidup saya yang lalulah yang menjadi sebab musabab untuk saya perolehi hidayahNYA kini. 


Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah mohon keampunanNYA di atas segala dosa masa silam saya ..Sesungguhnya Allah S.W.T itu bersifat MAHA PENGAMPUN, dan janganlah sesekali kita berasa lelah untuk memohon kemaafan dariNYA kerana dia akan mengabulkan permintaan hambaNYA yang sering menambakan pengampunanNYA. Insyaallah.


MANISNYA BERUSRAH...


Saat menjadi pemangkin kepada saya ingin berubah ialah apabila saya menghadapi konflik diri dan juga keluarga yang membuatkan diri saya tercari-cari jawapan yang pasti bagi konflik yang saya hadapi...


Satu malam saya berseorang di rumah... untuk menenangkan diri saya, saya mendekatkan diri saya denganNYA.. dan berbicara secara hati ke hati denganNYA. Saya memohon daripadaNYA agar saya diberi peluang untuk mendekatiNYA dalam apa yang saya buat.






Alhamdulillah... ternyata DIA masih lagi sayang kepada saya, dia menempatkan saya di sebuah tempat yang saya berada sekarang.... dan saya juga bersyukur kerana kawan di sekeliling saya juga menambakan kasih sayangNYA juga.
Kami dipertemukan dengan kumpulan usrah yang saban hari mengingatkan kami dengan kebesaran dan kekuasaanNYA.
Tanpa mengenali mereka, kami di terima baik oleh mereka untuk mengikuti segala aktiviti usrah mereka. Sesunguhnya usrah yang saya ikuti sekarang ini banyak mengajar saya untuk lebih bersyukur, banyak memberi, tidak berprasangka buruk terhadap orang lain, banyak melihat dari sudut positif dan yang lebih mengembirakan saya ialah hubungan saya dan keluarga menjadi lebih baik dan penampilan saya juga mengikut syariat yang ditetapkan olehNYA. 


Apa yang boleh saya katakan sekarang ini ialah, saya sangat gembira dengan segala rahmat yang dikurniakan olehNYA kepada saya. Cuma satu yang saya pohon ialah biarlah di mana saya berada nanti, saya tidak akan tergelincir daripada landasan usrah yang saya ikuti sekarang ini. Amiiin...






Nota : Bila kita berusrah, apa yang saya lihat ialah pangkat dan darjat yang dipegang oleh seseorang itu hilang entah ke mana yang ada hanyalah sifat rendah diri dan saling hormati antara satu sama lain. Yang paling meruntun hati saya ialah mereka tidak mengharapkan balasan atas apa yang diberi, sangat pemurah dan mereka lakukan semua ini LILLAHI TA'ALA.




PENGHARAPAN YANG BETERUSAN


Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.... kata-kata ini menjadi pengangan hidup saya hingga kini. 


Selain itu, saya sangat terkesan dengan kata-kata seorang kakak ini yang sekarang menjadi idola saya... Beliau pernah berkata " Jangan sesekali berhenti berbicara dengan Allah S.W.T, bukan hanya berbicara denganNYA ketika solat sahaja... tetapi kita perlu berbicara denganNYA setiap saat selagi kita bernafas di muka bumi ini...Insyaallah hati kita akan menjadi tenang kerana DIA MAHA MENDENGAR setiap apa yang kita ingin luahkan.."
 Alhamdulillah... itu yang menjadi amalan saya sekarang ini... kerana saya tahu dengan mengadu dan merintih kepadaNYA sahajalah, Insyaallah semua masalah kita akan selesai dengan mudah...


PESANAN :


Sumber pengharapan yang paling terbaik hanyalah kepada ALLAH S.W.T... Selalulah memohon dan meminta kepadaNYA.. Insyaallah, DIA akan perkenankan segala doa kita....







Jumaat, 27 Januari 2012

Doa Solat Dhuha

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T utk berkongsi sedikit pengisian bersama rakan2 sekalian.

Hari saya nak berkongsi doa solat sunat dhuha. Bagi saya utk menghafal doa ini agak sukar kerana saya berkesempatan melakukannya hanya pada weekend jer. Hari2 lain saya terpaksa beri komitmen terhadap kerja saya sekarang.. jadi memamng agak sukar bg saya utk menghafalnya. 

Tapi itu bukan alasan yang tepat utk tidak mahu menghafalnya kan...hehehe. Namun saya bersyukur kerana sekarang semuanya menjadi mudah kerana apabila doa solat sunat dhuha telah diterbitkan dalam bentuk lagu. Jadi lebih mudah bagi saya untuk menghafalnya...huhuhu. Thanks a lot to UNIC coz menciptakan irama lagu yang menarik..

LAGU 




DOA SOLAT SUNAT DHUHA


Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. 


Kelebihan solat sunat dhuha :-

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

P/S : Marilah kita melakukan ibadat solat sunat ini agar Allah S.W.T mempermudahkan rezekiNYA kepada kita disamping memperolehi keredhaanNYA.

Ahad, 22 Januari 2012

Dunia Baru..............

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah, kerana diberi lagi nikmat olehNYA untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Lama jugak saya tak menulis di blog nie...huhuhu. Apa pun hari nie saya nak kongsi pengalaman baru saya as a kindergarten teacher.







Mula - mula tu tension jugak gan budak2 nie... tapi pengalaman menjaga anak2 buah sebelum ini menjadikan saya lebih banyak bersabar gan kerenah mereka. Untuk mendidik mereka ini, kita perlukan kesabaran yang tinggi dan psikologi sikit untuk memastikan mereka mendengar dan mengikut arahan kita.

Ada kala kita perlu tegas dan ada kala kita perlu menjadi rakan mereka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka.

Berada dalam dunia kanak2 ini menjadikan saya lebih mengerti hati seorang ibu serta lebih menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu. 

Kerja ini jugak mendekatkan diri saya dengan Allah S.W.T.. kerana saya selalu melihat kekuasaanNYA melalui persekitaran saya. Melihat kebesaranNYA melalui perkembangan budak2 di tadika ini.

Yang best skali... bila tengah marah, bley jd cool bila tengok senyuman baby n telatah budak2 kat sini.
Saya berharap Allah S.W.T dapat memberikan nikmat kesabaran yang tinggi serta hati yang ikhlas kepada saya dalam melakukan pekerjaan saya ini.

 
P/S : Sesungguhnya senyuman seorang kanak2 mampu menjadikan hati yang sedang marah menjadi tenang setenangnya.. ini kerana kanak2 dikelilingi oleh malaikat yang sentiasa berdampingan dengan mereka.

52 Weeks Money Saving Challenge

Assalamu'alaikum w.b.t... BETTER LATE THAN NEVER....Duit saving korang maybe dah banyak kan??? Akak baru nak tekad simpan start th...